Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

Pembantu baru

Kita baru dapat pembantu baru, last weekend balik Seremban menghantar pembantu ibu yang kita pinjam 3 bulan. Rasa lega pun ada cos' pembantu yang lama ni susah nak bentuk. tegur lebih-lebih muka dia jadi kelat. Tak tegur pun susah, tapi pasal dia ni kes "pinjam" so tak boleh la nak cerewet sangat. Janji budak-budak OK, rumah berabuk sikit pejam jelah mata sebelah.

Kalau nak citer pasal kes-kes pembantu rumah ni, sampai malam pun tak habis. Sejak zaman tok nun lagi problem ada pembantu rumah lebih kurang sama aje. Tapi tak boleh dinafikan satu dalam seribu ada yang OK sangat-sangat. Pengalaman sendiri pun macam tu. Sejak ada anak pertama 9 tahun yang lepas, kita dah ada pembantu rumah nak masuk 10 orang, termasuk la 2-3 orang kes sementara (in between maid). Dalam 10 orang yang kita dapat, 2 orang betul-betul OK, seorang tu complete contract nya. Yang lain, ada aje ceritanya. Member ofis dok gelar kita "employer from hell" Kononnya terlampau garang. Walhasilnya pembantu yang awal-awalnya kita layan sangat lah baik. Nak amik hati konon, kesian depa jauh dari family...hidup susah. So ingatkan kalau lah kita jaga hati diorang lebih berterima kasih. At least seronok duduk/bekerja dengan kita. Tapi statisknya, yang pertama baru kije 4 bulan dah nak balik..katanya ayah dia nazak. Dah tu? Takkan nak larang ye tak? Yang rugi kita la jugak cos ejen tak nak layan, taknak beri ganti rugi walaupun kita dah belanja beribu-ribu nak dapat kan pembantu. Yang ke2 & ke 3 kes yang sama. Masuk 7-10 bulan dah takde mood nak kijer. Dah mula tengok kijer nak taknak, budak jatuh depan pun amik masa nak kejar..sometime buat tak tahu! Bila ditegur, sedar-sedar dah lari. Yang dilegalizekan permit pun ada, ingat dia berterima kasih, end up...dapat paspot dia berambus cos pacar offer kerja tempat lain. Ada jugak yang masuk tahun ke2, baru renew permit, 2 minggu selepas tu dia lari...Adusss...duit lagi, kena bayar penalty kat imigresen. Kena bayar balik ejen untuk dapat yang baru. Dalam hati dok pikir...kalaulah I can di without them...alangkah baiknya. Pilihan ada tapi pasti ada masalah-masalah lain pulak. Nursery, Babysitter...tak semudah itu.

Kekadang bila compare notes dengan kengkawan yang lain, ada kes yang lagi teruk. Syukur la sebelum ni, takde kes anak-anak dipukul tampar. Sekarang yang dua orang tu dah besar, kuranglah rasa sangsi. Apa-apa hal, diorang dah boleh mengadu. 2 hari yang lepas kita terserempak seorang pembantu jiran menyuap makan anak majikannya di tepi longkang belakang rumah. Lalu kita pun tegur la secara baik...kenapa diberi makan di sini, bukankah tempat ni kotor. Dan kita tanya majikan OK ke beri anak dia makan nasi di kawasan ini. Jawab si pembantu ni dengan nada yang agak keras (marah kot kita dok tegur dia) "Iyelah kalau majikannya tahu, pastilah tak OK". Dengan perasaan pelik kita tanya lagi "Dah tahu tak OK kenapa dibuat?" Selamba aje muka dia, pedulik apa dia dengan kita cos kita bukan bos dia ye tak? Geram rasanya...pengotor sungguh! Tak amanah..cos jaga anak orang ikut sukati dia. Kesimpulannya mereka nie depan kita maybe peluk-peluk anak kita. But the moment kita keluar rumah..tuhan saja yang tahu. Not all genuine & honest with their job. Some may, but not most!

So bermula lah episod baru kita dengan pembantu baru ni. Mintak-mintak dia OK. So far tak banyak mulut. Apa yang disuruh itu yang di buat. Mungkin terlalu awal nak buat penilaian. Kita dah go through the routine, dah beritahu mana yang patut. Sekarang masa yang menentukan...dan kena doa banyak-banyak yang kita dapat pembantu yang baik dan amanah menjaga anak-anak bila kita keluar bekerja.

3 comments:

  1. ala.. mana gambar maid baru.. nak jugak tengok..ehehhe.. lawa ke tak. So far yang saya rasa ok, si Neng tu je.. pastu si Bad pun ok la.. tak banyak cakap. Hopefully new maid ni ok la kan..

    ReplyDelete
  2. itulas As...kita berdoa lebih-lebih ni. Harap-harap tak menyusahkan kita. Duit keluar pun dah banyak! Alah awak eventually jumpa gak dia nie. Muka biasa jer...hahahhaha kalau boleh prefer that way, dpt yg lawa & gedik nanti susah kita hehehhe....Yang penatnya tu kan kita ni punyalah buat baik tapi mcm mana pun ni sume bergantung pada nasib. There's no formula to it...

    ReplyDelete
  3. oklaa tu dh dpt maid baru..ringan cket beban...

    ReplyDelete