Bermulalah bulan Ramadhan bagi tahun 1431 hijrah (2010). Kali nie, semangat nak beramal terasa membuak-buak. Waktu sahur kami bangun dengan mengantuknya tapi berjaya jugak Hazrik memperabiskan sebungkus nasi lemaknya dan burger sekeping. Tapi pagi nie, belum apa-apa lagi dia dah gaduh lapar. Memang payah nak mula terutama pada hari pertama. Tapi insyaallah, dalam 2-3 hari mesti boleh tahan dan terima, badan pun dah boleh adapt. Sekarang, kami mengajar Hazrik berpuasa secara serius. Umur dia pun dah 8 tahun. Memang dah boleh sangat berlatih. Tahun lepas, sekadar separuh hari..memang susah masa tu kerana Hazrik ni memang pemakan. Harap-harapnya dia boleh bertahan lah kali nie.
Tahun nie jugak, dah masuk 12 kali kita & Haris menyambut puasa bersama-sama. Setiap kali bulan Ramadhan kita akan mentioned kat dia..."ingat tak masa kita mula-mula kenal dulu? Waktu tu lagi seminggu dua nak masuk bulan puasa." Dan masa tu lah kami mula rapat. Habis kerja sama-sama pergi ke pasar Ramadhan dekat Bukit Jalil. Tapi hanya sekali dua berbuka bersama. Masa tu kan hanya kawan, jadi dia balik berbuka dengan keluarganya dan kita masa tu duduk seorang dekat Cheras kerap berbuka puasa dengan geng ofis si Fauziah.
Jadi bulan Ramadhan umpama anniversary peringatan waktu kami berkenalan. Mungkin berkat bulan mulia tu jugaklah petanda kami bertemu jodoh kan? Siapa sangka baru kenal aje kami dah buat keputusan nak kahwin.
Bila usia meningkat, kita mula sedar dan faham banyak perkara yang dulu tak diberi perhatian. Betapa pentingnya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ni membuat amalan. Berpuasa bukanlah sekadar sibuk menunggu waktu berbuka, mencari hidangan yang kita kepingin nak makan sehari suntuk. Tapi yang lebih penting mempunyai kesedaran bahawa inilah peluang kita mendapat ganjaran Allah dengan membuat sebanyak-sebanyak amal ibadat. Dan ini adalah waktu terbaik mempunyai kesedaran untuk meninggalkan amalan yang tak baik.
Kita berdoa seluruh ahli keluarga, ibu ayah, mama, papa, Along, Ted, Boy, As...dan keluarga Haris disebelah sana sihat dan semuanya selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga tahun nie, kami semua mendapat keberkatan dan ganjaran dunia akhirat.
Selamat berpuasa semua!
Ceh!!! Nama ku mentioned di sini. Hahahahaha!!!! Aku ingat lagi pegi pasar ramadhan, korang cross the road holding hands. Hahahah!!!!!
ReplyDeletehahaha...time tu tengah berchenta...
ReplyDelete