Search This Blog

Friday, September 24, 2010

Dugaan hidup

Malam semalam kita dapat sms dari kawan lama.  Berita tak baik, cos ketika itu isterinya terpaksa melalui proses biopsy, suspect tumor di leher. Pagi tadi semasa kita memandu di highway NKVE satu lagi sms dari dia; ianya kanser dan agak kritikal. Tergamam sekejap, sedih pun ye. Walaupun kita tak berapa rapat dengan isterinya, tapi tak boleh bayangkan apa yang dilalui oleh dia berdua suami isteri. Anak-anak masih kecil, sebaya dengan anak kita...

Kita hanya mampu berdoa semoga mereka berdua tabah hadapi dugaan. Semoga isterinya cepat sembuh. Kita sms dia balik "Tengah hari ni kita free, kita datang jumpa you lepas you solat Jumaat. Hang in there..." Itu saje yang boleh termampu...

1 comment:

  1. Sometimes, that is all that is required. Just be a friend and pray for them

    ReplyDelete