Pada tanggal 16hb April, suatu sejarah tercatat…kita berjaya meredah suku marathon; 11km – 1jam 40minit. Selama 3 bulan training yang tak seberapa, akhirnya berjaya jugak kita meredah Sepang Circuit tu. Boleh di katakan sejarah nie..2 dalam 1. Kerana pertama: Buat terulung kali, kita berjaya meredah 11km; kedua: First time datang ke Sepang Circuit, dan yang paling best dapat berlari atas circuit tu..imagine..dapat melihat bekas tayar di setiap corner lane…sungguh teruja & menakjubkan!!
Walaupun En. Haris takdelah berikan semangat dan keyakinan pada kita, takpelah janji dia tak halang. Biasalah, En. Haris tu..bila kita memula bercerita tentang plan nak join Energizer Nite Race at Sepang Circuit tu..dia cakap ”U boleh ke?”..haaaa…tu lagi membuat semangat membara. Terus then there kita sign up online! Amik kao!
Hasil dari larian tu..kita mengalami kekejangan otot dan berjalan terdencut-dencut (pasal sakit lutut) selama sehari aje…hehehhe…tapi kepuasan diri yang teramat sangat tak dapat nak digambarkan. J
Meredah marathon adalah salah satu aktiviti yang telah kita catakan dalam ”Bucket’s List” kita. So sekarang semangat membara untuk meredah lagi satu marathon..dalam bulan June ni..dan kali ni kita nak seret Dura & Boy sekali!! Wohhooooo!! Start training guys!
tU yang dikatakan dimana ada kemahuan ... disitu ada jalan..good 4 U...terus sucess beb
ReplyDelete