Tiga hari lepas, ibu telefon "ayah jatuh longkang masa tengah main golf kat Bangi!".."Is he OK?"..Ibu jawab "OK, calar kat siku and dada..dia OK cuma jalan senget la jugak!" Nasib baik takde major injuries setakat calar-calar tapi longkang tu dalam la jugak; tak sempat nak jatuh terpelesok ayah sempat menahan dengan lengan sambil kuat menahan dengan sebatang club dia. Masa tu..tak seronok mendengar, yelah..ibu telefon, takkan takat nak dengar..ye ye ok ok babai aje?..berat hati jugak tapi masa tu memang tak dapat nak drive back. School week, budak-budak masih bersekolah. Weekend tu pun memang takde plan nak balik..ada open house...plan nak buat garden sikit. Jadi kita tak offer kan diri untuk balik. Ibu pun tak minta kita balik. Rasanya OK kot.
Sabtu pagi kita terima missed called dari ibu mertua. Kita called balik, rupanya dia terdail nombor kita. Tapi sempat jugak dia bercerita update mana yang patut...haidan (anak buah)...kat hospital. Terkena batang golf masa tengah golf lesson. Habis kena jahitan di dahi..pengsan tapi tak serius. So tengahari dalam hujan lebat kononnya nak ke open house di Kajang terpaksa dibatalkan. Tersalah jalan...terlambat jadi terus kami batalkan. Petang di rumah Haris, mengadap program rugbynya...ibu telefon lagi. Bertanya khabar budak-budak sempat lagi dia cakap "balik laaa aida..rindu sangat kat budak-budak tu.." Kita menjawab "ada plan la ibu..tapi next week kita balik laa..." Ibu macam merajuk..kata OK terus letak handphone dia. Kita dah tak sedap hati, walau pun ibu tak memaksa..kita rasa dia sunyi. Petang tu jugak, kita minta kebenaran dari Haris nak balik seremban. Haris tak halang, tapi tak la jugak nampak seronok. Dia sibuk nak tengok rugby tapi minta tinggalkan Hazrik.."tak syiok tinggal sorang" katanya...Yelah tu..ntah ntah takut.
6pm...kita drive back dengan Hakeem & Maira. Bad teman sekali. Ibu nampak seronok. Ayah senget tapi ceria melayan Hakeem. Malam tu..kami keluar makan. Ayah bawa kami ke kedai dia ampangan, pekena lamb chop, chicken chop..fish & chips. Maira tidur denga Tok wan malam tu. Pagi Ahad ibu kejut breakfast...dia nak buat jemput-jemput. Hari tu hujan lebat. Dalam tengah sakit-sakit dada..ayah bercerita insiden jatuh longkangnya. So sekarang seminggu dia kena berehat..or else macam mana nak masuk tournament seminggu lagi. Ayah nampak OK syukur alhamdulillah, cuma sengal di sana sini.
Tapi tak banyak sikit..bila kami balik sekejap tu...riuh la seketika rumah seremban...mungkin keputusan kita nak balik menjenguk adalah keputusan yang patut di buat. Bila ibu ayah nampak ceria, hati kita pun rasa puas...Bila dah berkeluarga, terkadang kita terpaksa membahagikan masa. Dulu masa bujang, takat nak balik Seremban tu...takde hal lah! Plus Highway tu macam tak jauh..sanggup meredah jam...kalau dah janji nak balik, kenalah balik. Sekarang, tak macam dulu..lebih-lebih lagi anak-anak dah mula sekolah. Alangkah baiknya kalau duduk berdekatan. Takat nak jumpa anytime ajer!...Cuma bila tergerak hati nak pulang ke Seremban..tak semudah itu. Tapi...selepas weekend tu, kita rasa bersyukur..walaupun sekejap..bila tengok ibu ayah sihat & ceria...priceless!
Yup. Was glad you went back coz I couldn't. Citer ayah memang lah kesian, tapi kelakar pun ada. Grateful he is ok minus the pain
ReplyDelete