Bercakap pasal dosa & pahala nie, aku rasa semua orang alim ke tidak, paham benar apa yang menyebabkan orang tu berdosa & orang tu dapat pahala..tu semua dia ajar kita sejak kecik lagi. "Jangan pukul adik, berdosa" Jangan menjawab dengan orang tua, berdosa" "dapat pahala kalau tolong orang"...Memang la soal sama ada orang tu berdosa atau tidak bukan lah kita boleh congak & main cakap jer. Nie semua ketentuan Allah. Pahala & dosa bergantung kepada Dia.
So, secara amnya, konsep pahala dosa nie simple jer...amalkan berbuat baik, hindarkan sebarang kemungkaran. Sebodoh-bodoh mengutuk, mengumpat & menfitnah orang pun dah kira perlakuan yang tak baik apakan lagi kalau orang tu mencuri, membunuh, menyebabkan orang ditimpa kesusahan atas tindak tanduk kita yang tak bertanggungjawab. Kesimpulan asas dosa pahala nie berkait dengan benda yang haram & halal. Kita dapat pahala kalau jauhkan diri dengan benda yang haram...kita berdosa sekiranya kita mendekati perkara-perkara yang haram dilakukan. Simple kan?? Tapi ada jugak saudara-saudara kita di sana bukan tak paham, tapi buat-buat tak paham.
Yang aku cuba maksudkan di sini bukanlah nak mengenakan sesiapa yang aku kenal hidup atau yang dah mati. Langsung takde. Cuma tiap kali ada aje terpapar berita tentang penyelewengan atau salah guna kuasa, aku rasa teramat musykil, kenapa orang yang berjawatan tinggi (boleh dianggap orang yang pandai pasal dia memegang jawatan & tanggunjawab yang besar) boleh tersabit melakukan perkara sebodoh itu; songlap duit ke, gila kuasa ke...Aku rasa diorang nie pun bukan tak tahu tentang betapa beratnya amanah yang diberi. Kalau tidak masakan boleh digajikan sebegitu lumayan, ye tak? Oklah, aku tak pastilah besar mana gaji diorang nie tapi kalau dah pangkat management, ketua syarikat..takkan gaji dia seciput macam aku ni. Oleh demikian, argument aku kenapa la kalau dah sah diorang berpangkat tinggi & begaji besar nak guna cara yang salah untuk menambahkan kekayaan??? Dah banyak duit, apa masalahnya? Kata ayah aku...masalah orang-orang yang seumpamanya, dia jadi tamak.
Then apa hal pulak tentang amanah? Kalau sudah dipertanggungjawabkan sesuatu kerja, dan diupah pulak tu untuk menjana amanah syarikat tapi disebaliknya ada pulak motif peribadi...mana perginya integriti dan accountabiliy (bercampur aduk la pulak bahasa ku ini)? Orang bawahan buat salah, melenting tapi kalau tuan buat salah, buat cover up?
http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20100513144613/Article/index_html
Then bercakap pulak pasal teladan melalui kepimpinan; surat khabar STAR pagi nie...bercerita pasal seorang pemimpin politik kita seorang nie (actually dia punya kes tak lah sehebat yang lain-lain yang ada...tapi sebagai contoh, konsep kepelikkannya lebih kurang sama lah!!)...
Kalau lah jawatan kita nie dah terang-terang seorang pemimpin politik "Member of the parliment, an MP" bermakna jawatan yang dia pegang nie berdasarkan kepada kepercayaan yang orang beri kepada dia. Jadi tak salahkan kalau kita labelkan dia nie seorang pemimpin. And yet, benda sebodoh-bodoh nak kawin dua pun dia boleh melanggari undang-undang...apa macam? Nak berpoligami tu tak salah, tapi malangnya kalau lah di mata masyarakat nie kita tu dianggap sebagai ikon, lebih berat lah lagi bagi seorang pemimpin itu membuat setiap keputusan yang akan dia buat; tak kira secara peribadi atau pun tidak. Orang memandang, dan pula dicontohi. Jadi setiap tindak tanduk yang dilakukan perlu ada perasaan tanggungjawab. Tak kiralah kalau masa tu, dah bercinta habis dengan isteri muda yang cantik lagi terkenal. So sebagai orang bawahan, bila tengok pemimpin kita terang-terang melanggari undang-undang, perlukah kita menghormati beliau? Ini baru kes poligami, berkahwin tanpa kebenaran mahkamah bukan lagi yang berat-berat macam kena tangkap basah, ada hubungan sulit dengan budak bawah umur, ada aktiviti porno dengan mistress...And yet mereka nie masih ada pengikut & penyokong (barua la tu)...masih nak pegang jawatan tu.
Nie lebih kurang sama la kalau kita tengok orang yang sepatutnya menegakkan keadilan undang-undang merupakan orang yang melanggarnya "law maker, law breaker!!"...Statement dari salah satu sepanduk orang yang mengecam si MP nie. http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=46929
Yang lagi satu nie pun, satu topik yang sungguh menarik. Macam cerita hindustan la...Kita semua dah maklum hukum alam kan?? Yang dia atas tak akan selalu berada dia atas; unless kita percaya pada hukum kasta la. Kalau kau dilahirkan di dalam kasta terendah sekali, maka kau tergolong daripada mereka yang tak berkemampuan, tak berpeluang dan tak kemana. Vice versa; kalau kau dilahirkan dalam golongan orang yang berada chances are hidup kau akan sentiasa senang, sure pegang jawatan tinggi, berpelajaran...
Tapi tak semua orang yang sekarangnya senang & mewah dulu dilahirkan dalam keluarga yang berada. Ada jugak sesetengah pemimpin kita nie datangnya dari golongan orang-orang biasa aje. Diorang bekerja keras, berwibawa dan mempunyai kepimpinan yang diperlukan. Tapi...persoalannya bukan sama ada mereka layak memegang jawatan tu atau tidak; yang penting adakah beliau menjalankan tanggunjawab yang telah diamanahkan. Adakah dia masih relevan? Dah tentu majoriti memilihnya kerana semua orang percaya kepadanya. Mereka mahukan ketua yang dapat membela nasib mereka dan mewakili suara mereka. TETAPI, manusia kalau dah manusia la katakan tak semua yang dilakukan sempurna. Ada la terkadang tersilap sana sini...tapi kalau dah pegang jawatan tu terlalu lama kesilapan yang sikit-sikit akan nampak banyak. Tu pendapat aku. Aku tak kata seseorang yang pegang jawatan tertinggi atau ahli politik ni tak boleh buat silap langsung, tu kena tengok kepada jenis & tahap kesilapannya jugak...tak boleh la pemimpin yang berkempen membenteras korupsi end up jadi orang yang corrupted pulak!
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/20/nation/6297339&sec=nati
Walaupun kebanyakkan orang yang macam aku nie, duduk atas pagar kerana keliru dengan apa yang ada terpapar di luar sana. Yang sini kata begini, yang sana bangkang sebegitu...kekadang tu tak tahu mana yang betul mana yang tidak. Tapi aku tak boleh nak elakkan diri nie memberi pendapat walaupun sekadar di dalam blog yang tak seberapa ini. Banyak lagi masalah-masalah besar. Ramai lagi orang-orang yang tak bernasib baik perlukan pembelaan. Masih ada lagi isu keselamatan; masih lagi ada kemiskinan. Wakil rakyat turun padang bila nak berkempen, bila ada pilihanraya atau bila sesuatu malapetaka berlaku - keluar dalam berita...baru la datang menjenguk. Aku tak puas hati...
No comments:
Post a Comment