Sepuluh tahun mengadap muka yang sama, berkongsi bilik dan katil bersama…maybe dalam satu peringatkat terasa takde benda yang dapat nak dicakapkan lagi..dulu masa mula-mula kenal…10km berjalan terasa begitu singkat,10minit bagaikan sesaat..perbualan yang melalut hingga 5pagi tak terasa walau pun kelopak mata dah rasa berat. Itulah lumrah manusia; yang baru terasa indah yang lama terasa…jemu? Jemu ke?...Bukan jemu mungkin takde modal lagi kot.
Pasal tu la ramai orang berkata, jangan biarkan kesepian diri menjadi jarak pemisah. Dan jangan jadikan rutin harian sebagai alasan untuk tidak mencuba mengidupkan semula jiwa yang kosong…dan kalau boleh jangan la diisikan jiwa yang kosong dengan mengundang masalah yang lain… Tapi, betulkan? Kita selalu beri alasan terlalu penat, bosan, letih , payah dan malas…dan kekadang kita lupa nak bertanya khabar pada pasangan…"OK you hari nie?" Atau sekadar memuji ikhlas "cantik you pakai baju tu…segak bila you sikat rambut you macam tu." Or how about "Thanks yang…sedap nasi goreng belacan you."
Yang susahnya tu, kalau satu pihak aje yang pikir “asyik kita jer nak mengalah! Asyik kita jer nak dengar cakap?..what about my feelings? Nape kita aje yang nak kena beri laluan? Tak adil la macam nie!” Susah sebenarnya hidup berumah tangga nie, dia punya prinsip sebegitu..pendapat tak sama dengan kita..so nak dapat kan kemuafakatan dalam setiap perkara perlukan toleransi, diplomasi dan kebanyakkan tahap kesabaran yang tinggi (cos salah seorang mestinya tak paham bahasa…taknak beralah..taknak dengar pendapat..tak pedulik pendapat…dan lain-lain lagi) Tapi kalau satu pihak aje yang nak pikir yang sorang lagi tu taknak pikir? So how? Penat la…
Terkadang ada yang bertekak kalau dua-dua ada pendapat berbeza, kebanyakkannya sorang akan beri lebih pendapat (ni bila you dapat sorang partner yang lebih dominan)…yang sorang lagi tu terpaksa mendengar dan beralah..happy tak happy lain citer…dan ada kalanya dua-dua buat haluan masing-masing dan buat cara masing-masing. Or sorang aje yang nak ajak berbincang..dan yang lagi satu prefer walking away (nak cool off ke nak buzz off??) yang penting taknak confrontation; sorry honey I don’t like confrontation! Who does anyhow??? Penyelesaiannya? There’s none! Kan dah cakap, hidup rumahtangga nie complicated..terlalu rumit…tapi orang kawin jugak! Pelik kan?
Anak-anak sebagai penyambung kasih..kata orang tua-tua. Tapi anak-anak jugak boleh jadi penghalang kasih tersambung. Salah anak-anak ke? Tak jugak..sebenarnya salah kita jugak cos’ mungkin terlalu taksub dengan jadual harian - hantar anak pi tuisyen, buat homework dengan diorang, music class, taekwando, groceries nak kena pi beli...duit maid nak kena transfer, cat food tak cukup, tayar keta dah botak, basikal anak kena repair…pastu by the time masa bersama..tenaga tinggal separuh..tengok muka pun takde selera. Yeke? Kesian gitu…tapi salah ke partner kita kalau terlalu mementingkan anak-anak? What about our needs as a wife, as a husband? Tu satu hal…kalau isteri tak pandai (or tak sempat)melawa..baju bau macam kari…terus taknak pandang. Salah siape? Salah si isteri cos taknak melawa amik hati si suami..or salah suami taknak memahami? Or dah terlalu bosan nak ajak berbincang..takde modal nak cakap apa-apa..penat nak ajak berbincang..balik-balik ke situ jugak argument nye…then toksah cakap lagi. Sorang kawan ada cakap…isteri kena pandai amik hati suami..kena tahu apa dia suka & apa dia tak suka…jangan buat kecoh bila dia balik kijer. Dah tu…biarkan aje? Biar kita handle sume? Adil ke gitu? Kita sorang aje nak pening…especially kalau sama-sama pun bekerja. Jadi kalau sama-sama penat balik kijer..bukankah sama-sama kena pikul tanggungjawab dengan hal ehwal rumah? Pastu isteri sorang aje nak usaha tarik perhatian laki? Nak kena pakai seksi & wangi? Laki pulak camna? Tak payah amik hati si isteri ke? HELLO??
Then ada sorang lagi kawan ni…penat nak ajak si isteri berbincang untuk dapatkan masa sendiriannya. Most of the time kalau dia sebut aje nak pi TT ke..nak keluar jumpa member ke…isteri akan buat bising muka panjang sedepa. So tak sanggup dengan leteran, dia beralah. Baik toksah cakap. Kalau nak buat kena curi-curi masa. Salah dia ke kalau dia bohong sunat? Sekurang-kurangnya dia tak kena leteran isteri. Kalau dak..tiap kali dia nak jumpa member..isteri sibuk nak dia layan anak-anak. Mulalah kata dia pentingkan benda lain dari keluarha. Tak semestinya. Kesian gitu. Kenapa nak masa sendirian pun tak boleh? Si isteri berleter kerana penat, dia keletihan dengan kerja pejabat & balik dan uruskan anak-anak. Jadi dia expect si suami sama-sama penat macam dia. Kena buat kijer rumah mana yang patut. Ye ke? Kena jugak ke? Jadi kalau tak kena gaya…Kalau buat kijer tu terlambat sikit cos nak tarik napas sikit alamat kena sound. Kesian jugak! Susah susah…Kat rumah sendiri pun rasa macam khadam ye…
Ok taknak pikir lagi..takde modal nak pikir. Muka dah berjerawat pasal stress..Stress kenapa? Ntahlah. Kot bila takde modal dah jadi modal topik perbualan kami…”Yang, you’ve got to tell me something laaa….or else I don’t know what’s inside your head! Tell me laaaa!!I am not a mind reader.”
hmm serius nampaknya.. tapi kan, kalau dipikir2 kan sangat benda ni leh naik gila la kak aida.. so tak payah pikir.. go with the flow je la.. tak pasal2 muka jerawat.. maybe dah nak datang bulan kot... (senyum sikit eh)
ReplyDeleteTak yah tunggu 10 tahun.... tapi yg penting, u love each other. always go back to that
ReplyDelete