Search This Blog

Saturday, March 12, 2011

Leaving on a jet plane...

20hb Mac ni kena fly ke New Delhi. Projek selama 6 minggu tapi bos expect kita stay sana 2 minggu straight. Tapi nego punya nego berjaya dapat balik hari Khamis tu. Jadi dari stay terus 2 minggu tu hanya menginap 4 malam then balik...tido rumah 2 malam..fly ke Delhi 4 malam..then balik. OKlah..En. Haris nampak tenang aje..mungkin dia OK dan prefer dengan perancangan macam nie.

Diam tak diam lagi seminggu...hati rasa berat. Kijer makin bertambah..kepala makin berserabut. Dalam kekalutan nie, kita rasa macam antara sedih & excited. Sedih, biasalah..bila tengok muka budak-budak nie especially si Keem..baru depan mata pun dah boleh rasa rindu. Especially kalau dia tido nak peluk tengkuk kita. Sayu hati dibuatnya. Mai awal-awal lagi kita dah warning "Mai jangan buat perangai ye sayang..kalau mai sedih-sedih ibu takde..ayah jadi bengang...nanti ayah marah ibu tau.." Dia angguk.."OK bu, mai tak sedih tapi mai sure rindu ibu"..aduh! perit hati mendengarnya. Ajik, kita tak risau. Anak bujang kita tu...independent sokmo. Tapi sebesar gajah pun, nak tido malam still nak ibu tuck in kan. Walaupun sekadar 10minit pertama. Kita taknak complain, dok pikir cakap ayah "Selagi diorang nak kat you..amik peluang tu..bila dah besar nanti, you yang sibuk mencari masa diorang." Betul tu ayah..so masa time nie tak kiralah..10minit sebelum dia lelap tu la you usap-usap rambut dia & garu-garu belakang dia. A kiss goodnite & alfatihah sebelum tido menjadi rutin kami. Except, minggu kita takde ni dah pesan "Ajik, minggu depan ibu takde..abang jgn lupa baca doa and gosok gigi sebelum tido ok?". Hopefully dia tak lupa pesan kita.

Itu untuk anak-anak...dengan Haris..ntahlah..dia macam biasa jer. Maybe its good kali nie dia tak buat kita rasa bersalah. Maybe dia tahu kita balik dalam 4 hari. Tak kira la penat ke tak penat ulang aling..yang penting jangan lama-lama sangat..itu pesan dia.

3 comments:

  1. Good Luck Kak Aida.. tak apa la, demi mencari rezeki sesuap nasi, insyaAllah akan diberkati..

    ReplyDelete
  2. Hhmmm, kita lak yg sedih membaca. Takpe dik, memang dah kerja macam nie. Buat ajerlah. You are still a good mother and wife.

    ReplyDelete