Takde seorang ibu yang tergamak melihat anaknya sakit, menderita, papa & susah. Kalau ada lah kita dengar ibu-ibu yang sanggup tinggalkan anak kerana lelaki..atau biarkan anak-anaknya merempat tanpa perlindungan...then kita sendiri akan kata ibu tu gila. Seorang ibu yang normal, takkan dan tak mungkin sanggup. Tapi kekadang nilai kasih sayang setiap ibu mungkin tak sama. Berdasarkan personaliti masing-masing, setiap ibu mempunyai cara masing-masing. Ada yang terlalu protective, ada yang terlalu liberal. Ada ibu yang beri sepenuh kebebasan pada anak-anak menilai (jika anak tu dah besar panjang) dan ada sering beri pendapat..dan mungkin ada juga yang pikir dia beri pendapat tapi sebenarnya dia nak anak dia tu terima aje pendapat dia.
Betul ke tak betul cara tu...bukan tempat kita nak menilai. Yang kita tahu...untuk anak-anak kita sendiri..I want them to be the best that they can be. Setiap pengalaman, diberinya pengajaran..."Mai tak boleh expect semua yang Mai minta akan dapat..."...kena amik masa nak explain benda-benda buruk dan baik, bukan asyik nak marah aje. Tapi kekadang tu kena juga berkeras kalau cara lembut tak berkesan "No computer and games for the whole week..how can you forget your homework? Main game tak lupa pulak?!!" Ada masanya jugak, rasuah berkesan tapi kena pilih waktu yang sesuai..consider it sebagai ganjaran la..bukannya nak minta dia ikut cakap kita.."OK..OK..boleh makan maggi..tapi lepas ni jangan minta..Janji tak memekak..Ibu ada kijer sikit nie."
Kalau kita faham, apa sebenarnya tanggungjawab seorang ibu nie, kita tak akan perlekehkan masa yang kita gunakan. Sebenarnya, nak bela anak nie tak susah. Yang susah bila diorang menyakitkan hati..mengecilkan hati. Yang susah bila kita cuba untuk jadi tidak kecik hati. Kalau boleh tak mahu anak menanggung dosa.. Sekarang mungkin taklah..cos masih kecik lagi...tapi masa kecik ni la kita kena sentiasa mengingatkan mereka. Kena sentiasa hormat orang tua terumata ibu bapa sendiri.
Kita sentiasa mengingatkan diri, setiap waktu yang kita luangkan bersama mereka ada lah investment untuk masa depan. Bayangkanlah..masa anak-anak tu kecik lagi kita jarang nak spend time, masakan mereka dewasa, mereka nak luangkan lebih masa untuk kita? Simple calculations kan..kalau dalam sehari ada 24 jam..tolak 8jam bekerja...8jam waktu tidur...tinggal 8 jam. Then katakanlah..malam tu anak ada kelas tuition or mengaji..abis 2 jam kesitu..1 jam dia buat homework..ada 4 jam..berapa keraplah masa kita luangkan untuk mereka. Those daily things matters..and those small things matters. Kita mungkin tak nampak tu sekarang tapi percayalah...kekadang 20 minit yang kita spend berborak dengan anak-anak tu yang waktu yang penuh makna..cos anak dapat beritahu kita apa yang diorang buat the whole day. Luangkan waktu dinner bersama...Nie waktu yang paling penting. Dah lah lunch memang jarang... Weekend is a different matter. Nak tunggu cuti sekolah, holiday untuk dapat quality time? Tak perlu..quality time is when you spend time reading for them, peek at their homework, make a mess in the kitchen to bake cookies...yang penting anak-anak tahu kita amik berat.
Doa seorang ibu..."Ya Allah, kau lindunglah anak-anak ku dari sebarang malapetaka, sebarang kesusahan dan kepayahan hidup..kau berilah mereka keyakinan diri untuk menjadi hambaMu yang taat. Dan agar mereka sentiasa menjadi anak yang soleh dan sayang menyayangi"
Search This Blog
Wednesday, August 24, 2011
Monday, August 22, 2011
Salam Ramadhan
Tahun nie, raya di sambut dengan penuh dugaan...nak cerita terasa malas, tapi apa gunaya ada blog kalau nak berahsia ye tak. Cerita ni pun bukannya rahsia apa pun cuma lately..sejak Julai memang liat teramat sangat nak menaip. Perubahan terbesar mula Julai bila kita dah tak bekerja sepenuh masa lagi. Bukan kerana rela hati tapi keputusan Company finally nak relocated tempat lain. Jadi penyudahnya semua staff diberi VSS so that we all semua tak complain. Memanglah, nasib baik diberi pampasan kalau tak susah jugak nak bernafas. Kebetulan la pulak Haris sejak April lagi dah buat keputusan untuk berhenti dari bekerja di Hyundai. Jadi, macam orang kaya lah pulak dua-dua tak bekerja fulltime. Tapi mungkin rezeki anak, ada lah jugak duit yang masuk. Kita pun tak sangka...diberi project untuk buat freelancing. Memula dua report lepas siap..ada lagi offer report untuk di buat. Report apa?..alah takat buat analisis data-data pastu translate ke powerpoint...buat le komen sana sini...Menangkuk jugaklah memalam menghabiskan report tu; sampai sakit tongkeng (terasa macam student la pulak..tido pukul 3-4 pagi) Tapi bila dapat cek yang pertama...hehheh senyum lebar kita. Seronok gak seminggu kijer dapat duit macam sebulan kijer di company lama. OK jugak kan? For now, alhamdulillah....dapat la tokok-tokok duit belanja. Cover la duit sekolah anak. En. Haris pun rajin menguruskan bisness dia tu, insyallah...rezeki di mana-mana. Kena ada usaha.
Masuk minggu ke 2 bulan Ramadhan nie, Maira kena chicken pox. So biasalah, bela budak sakit...serba tak kena. Nak tunggu kan spots dia tu tak gatal-gatal...memang mencabar kesabaran kita! :) Dah tu masuk minggu ke 3, Si Hazrik & Hakeem kena pulak...(Nak buat macam mana!!). Expected recovery sebelum raya...amin...
Tahun ni tak banyak buat plan berbuka diluar..bukan sengaja-sengaja tapi maybe bila dah tak berkerja kat pejabat kurang lah jugak interactions dengan dunia luar. Takde orang ajak keluar makan..takde pulak office organize apa-apa. Bagus jugak..dengan anak-anak demam chicken pox macam mana nak enjoy makan luar. KECUALI satu hari ni jer..Sofina dan kita teringin nak mencuba tempat baru Lyza. ooh! lupa nak mentioned, kawan Wolves kita buka restoran dekat area Pantai Hillpark. Atan (the husband) is a chef so you can bet makanannya sedap gitu. The type of food, is very humble (at least the Ramadhan spreadnye) yet sedap! Tapi bila ternampak orang lain mengorder ala-carte..macam best la jugak cuma perut dah padat so takat pandang-pandang jer. Nampak gaya kena datang 2nd round..this time "Atan! Satu chicken chop please..and together with that Ambra juice yeeeee!!".
My next entry will tell you more about Ambra...tak sempat nak amik gambar banyak-banyak cos sibuk makan..buka puasa la namanya..pastu ada Sofina & Lyza - "Deadly conversation yang penuh gelak ketawa..gerenti terkencing sikit!!:
Masuk minggu ke 2 bulan Ramadhan nie, Maira kena chicken pox. So biasalah, bela budak sakit...serba tak kena. Nak tunggu kan spots dia tu tak gatal-gatal...memang mencabar kesabaran kita! :) Dah tu masuk minggu ke 3, Si Hazrik & Hakeem kena pulak...(Nak buat macam mana!!). Expected recovery sebelum raya...amin...
Tahun ni tak banyak buat plan berbuka diluar..bukan sengaja-sengaja tapi maybe bila dah tak berkerja kat pejabat kurang lah jugak interactions dengan dunia luar. Takde orang ajak keluar makan..takde pulak office organize apa-apa. Bagus jugak..dengan anak-anak demam chicken pox macam mana nak enjoy makan luar. KECUALI satu hari ni jer..Sofina dan kita teringin nak mencuba tempat baru Lyza. ooh! lupa nak mentioned, kawan Wolves kita buka restoran dekat area Pantai Hillpark. Atan (the husband) is a chef so you can bet makanannya sedap gitu. The type of food, is very humble (at least the Ramadhan spreadnye) yet sedap! Tapi bila ternampak orang lain mengorder ala-carte..macam best la jugak cuma perut dah padat so takat pandang-pandang jer. Nampak gaya kena datang 2nd round..this time "Atan! Satu chicken chop please..and together with that Ambra juice yeeeee!!".My next entry will tell you more about Ambra...tak sempat nak amik gambar banyak-banyak cos sibuk makan..buka puasa la namanya..pastu ada Sofina & Lyza - "Deadly conversation yang penuh gelak ketawa..gerenti terkencing sikit!!:
Tuesday, April 26, 2011
Run Aida Run
Pada tanggal 16hb April, suatu sejarah tercatat…kita berjaya meredah suku marathon; 11km – 1jam 40minit. Selama 3 bulan training yang tak seberapa, akhirnya berjaya jugak kita meredah Sepang Circuit tu. Boleh di katakan sejarah nie..2 dalam 1. Kerana pertama: Buat terulung kali, kita berjaya meredah 11km; kedua: First time datang ke Sepang Circuit, dan yang paling best dapat berlari atas circuit tu..imagine..dapat melihat bekas tayar di setiap corner lane…sungguh teruja & menakjubkan!!
Walaupun En. Haris takdelah berikan semangat dan keyakinan pada kita, takpelah janji dia tak halang. Biasalah, En. Haris tu..bila kita memula bercerita tentang plan nak join Energizer Nite Race at Sepang Circuit tu..dia cakap ”U boleh ke?”..haaaa…tu lagi membuat semangat membara. Terus then there kita sign up online! Amik kao!
Hasil dari larian tu..kita mengalami kekejangan otot dan berjalan terdencut-dencut (pasal sakit lutut) selama sehari aje…hehehhe…tapi kepuasan diri yang teramat sangat tak dapat nak digambarkan. J
Meredah marathon adalah salah satu aktiviti yang telah kita catakan dalam ”Bucket’s List” kita. So sekarang semangat membara untuk meredah lagi satu marathon..dalam bulan June ni..dan kali ni kita nak seret Dura & Boy sekali!! Wohhooooo!! Start training guys!
Thursday, April 7, 2011
Berpindah, berhijrah ke beralih arah?
Sekali lagi, company ni buat re-org. Kawan-kawan sepejabat semua dah buat macam-macam speculation. Down sizing lagi ke? Berpindah pejabat ke luar negara ke?...kena berenti? At the end, Jumaat lepas bos buat announcement "its a business decision that Telenor Group has decided to close down Asian office that is based in Malaysia. It will move to Bangkok but only headed by a VP representative there." Tak hairanlah, trip ke Delhi tergendala..some projek were put on hold. Rupanya re-organisation kali ni agak major! Keputusan pihak atasan bukan kerana tak cukup duit ke...atau nak jimat duit ke..cuma sekarang projek-projek dia Asia are so high level - so working people are not required...ye ke? Well if you ask me..sume nie politik aje. Kita memang dah sedia maklum, perantauan Asia ni memang hebat! Sume nak kemari. Projek-projek dia Asia berpotensi kerana kawasan ni sedang membangun. Tak seperti dia Barat...oleh kerana itu..sume orang di negara Nordic berebut-rebut nak amik peluang! Jadi kalau ada wujudnya team Asia (aka Kami)..maka susahlah mereka nak mendapat peluang itu.
OKlah...decision had been made. Bukan boleh argue pun. Sebagai alternatif..depa offer kami apply kijer kat DiGi..or mana-mana Business Unit dalam Telenor Group. BUT...process applying, interview etc..kenalah buat. Aduhai!! If not...MSS! (Mutual Separataion Scheme)..canteekk gak! heheh dapat duit then worry about getting another job. Nak try DiGi tak? ntahlah member sana cakap internal situation tengah kelam kabut. Ramai orang lama dah blah..plus CEO sekarang sangatlah agresif..ura-ura ada down sizing activities jugak! Laa...pegi sana tapi ada laid off! macam mana tu?
Inilah dunia korporat! Sektor swasta..gaji tinggi konon...persekitaran yang mencabar! Competitive dan memberansangkan minda..pergh! hehehhe...tapi bila kena macam ni..there's nunthin' much you can do. Vicious cycle all over again...update CV, call headhunter, update your jobstreet/LinkedIn bla bla bla...
Short term analysis: amik duit, go for holidays, update and submit CV...and wish for the best!!! Oh well, at least I still have my health...the kids..and yeah haris (for now! hehehe..)
OKlah...decision had been made. Bukan boleh argue pun. Sebagai alternatif..depa offer kami apply kijer kat DiGi..or mana-mana Business Unit dalam Telenor Group. BUT...process applying, interview etc..kenalah buat. Aduhai!! If not...MSS! (Mutual Separataion Scheme)..canteekk gak! heheh dapat duit then worry about getting another job. Nak try DiGi tak? ntahlah member sana cakap internal situation tengah kelam kabut. Ramai orang lama dah blah..plus CEO sekarang sangatlah agresif..ura-ura ada down sizing activities jugak! Laa...pegi sana tapi ada laid off! macam mana tu?
Inilah dunia korporat! Sektor swasta..gaji tinggi konon...persekitaran yang mencabar! Competitive dan memberansangkan minda..pergh! hehehhe...tapi bila kena macam ni..there's nunthin' much you can do. Vicious cycle all over again...update CV, call headhunter, update your jobstreet/LinkedIn bla bla bla...
Short term analysis: amik duit, go for holidays, update and submit CV...and wish for the best!!! Oh well, at least I still have my health...the kids..and yeah haris (for now! hehehe..)
Monday, March 28, 2011
time..
Monday, March 14, 2011
Bila takde modal menjadi modal…
Sepuluh tahun mengadap muka yang sama, berkongsi bilik dan katil bersama…maybe dalam satu peringatkat terasa takde benda yang dapat nak dicakapkan lagi..dulu masa mula-mula kenal…10km berjalan terasa begitu singkat,10minit bagaikan sesaat..perbualan yang melalut hingga 5pagi tak terasa walau pun kelopak mata dah rasa berat. Itulah lumrah manusia; yang baru terasa indah yang lama terasa…jemu? Jemu ke?...Bukan jemu mungkin takde modal lagi kot.
Pasal tu la ramai orang berkata, jangan biarkan kesepian diri menjadi jarak pemisah. Dan jangan jadikan rutin harian sebagai alasan untuk tidak mencuba mengidupkan semula jiwa yang kosong…dan kalau boleh jangan la diisikan jiwa yang kosong dengan mengundang masalah yang lain… Tapi, betulkan? Kita selalu beri alasan terlalu penat, bosan, letih , payah dan malas…dan kekadang kita lupa nak bertanya khabar pada pasangan…"OK you hari nie?" Atau sekadar memuji ikhlas "cantik you pakai baju tu…segak bila you sikat rambut you macam tu." Or how about "Thanks yang…sedap nasi goreng belacan you."
Yang susahnya tu, kalau satu pihak aje yang pikir “asyik kita jer nak mengalah! Asyik kita jer nak dengar cakap?..what about my feelings? Nape kita aje yang nak kena beri laluan? Tak adil la macam nie!” Susah sebenarnya hidup berumah tangga nie, dia punya prinsip sebegitu..pendapat tak sama dengan kita..so nak dapat kan kemuafakatan dalam setiap perkara perlukan toleransi, diplomasi dan kebanyakkan tahap kesabaran yang tinggi (cos salah seorang mestinya tak paham bahasa…taknak beralah..taknak dengar pendapat..tak pedulik pendapat…dan lain-lain lagi) Tapi kalau satu pihak aje yang nak pikir yang sorang lagi tu taknak pikir? So how? Penat la…
Terkadang ada yang bertekak kalau dua-dua ada pendapat berbeza, kebanyakkannya sorang akan beri lebih pendapat (ni bila you dapat sorang partner yang lebih dominan)…yang sorang lagi tu terpaksa mendengar dan beralah..happy tak happy lain citer…dan ada kalanya dua-dua buat haluan masing-masing dan buat cara masing-masing. Or sorang aje yang nak ajak berbincang..dan yang lagi satu prefer walking away (nak cool off ke nak buzz off??) yang penting taknak confrontation; sorry honey I don’t like confrontation! Who does anyhow??? Penyelesaiannya? There’s none! Kan dah cakap, hidup rumahtangga nie complicated..terlalu rumit…tapi orang kawin jugak! Pelik kan?
Anak-anak sebagai penyambung kasih..kata orang tua-tua. Tapi anak-anak jugak boleh jadi penghalang kasih tersambung. Salah anak-anak ke? Tak jugak..sebenarnya salah kita jugak cos’ mungkin terlalu taksub dengan jadual harian - hantar anak pi tuisyen, buat homework dengan diorang, music class, taekwando, groceries nak kena pi beli...duit maid nak kena transfer, cat food tak cukup, tayar keta dah botak, basikal anak kena repair…pastu by the time masa bersama..tenaga tinggal separuh..tengok muka pun takde selera. Yeke? Kesian gitu…tapi salah ke partner kita kalau terlalu mementingkan anak-anak? What about our needs as a wife, as a husband? Tu satu hal…kalau isteri tak pandai (or tak sempat)melawa..baju bau macam kari…terus taknak pandang. Salah siape? Salah si isteri cos taknak melawa amik hati si suami..or salah suami taknak memahami? Or dah terlalu bosan nak ajak berbincang..takde modal nak cakap apa-apa..penat nak ajak berbincang..balik-balik ke situ jugak argument nye…then toksah cakap lagi. Sorang kawan ada cakap…isteri kena pandai amik hati suami..kena tahu apa dia suka & apa dia tak suka…jangan buat kecoh bila dia balik kijer. Dah tu…biarkan aje? Biar kita handle sume? Adil ke gitu? Kita sorang aje nak pening…especially kalau sama-sama pun bekerja. Jadi kalau sama-sama penat balik kijer..bukankah sama-sama kena pikul tanggungjawab dengan hal ehwal rumah? Pastu isteri sorang aje nak usaha tarik perhatian laki? Nak kena pakai seksi & wangi? Laki pulak camna? Tak payah amik hati si isteri ke? HELLO??
Then ada sorang lagi kawan ni…penat nak ajak si isteri berbincang untuk dapatkan masa sendiriannya. Most of the time kalau dia sebut aje nak pi TT ke..nak keluar jumpa member ke…isteri akan buat bising muka panjang sedepa. So tak sanggup dengan leteran, dia beralah. Baik toksah cakap. Kalau nak buat kena curi-curi masa. Salah dia ke kalau dia bohong sunat? Sekurang-kurangnya dia tak kena leteran isteri. Kalau dak..tiap kali dia nak jumpa member..isteri sibuk nak dia layan anak-anak. Mulalah kata dia pentingkan benda lain dari keluarha. Tak semestinya. Kesian gitu. Kenapa nak masa sendirian pun tak boleh? Si isteri berleter kerana penat, dia keletihan dengan kerja pejabat & balik dan uruskan anak-anak. Jadi dia expect si suami sama-sama penat macam dia. Kena buat kijer rumah mana yang patut. Ye ke? Kena jugak ke? Jadi kalau tak kena gaya…Kalau buat kijer tu terlambat sikit cos nak tarik napas sikit alamat kena sound. Kesian jugak! Susah susah…Kat rumah sendiri pun rasa macam khadam ye…
Ok taknak pikir lagi..takde modal nak pikir. Muka dah berjerawat pasal stress..Stress kenapa? Ntahlah. Kot bila takde modal dah jadi modal topik perbualan kami…”Yang, you’ve got to tell me something laaa….or else I don’t know what’s inside your head! Tell me laaaa!!I am not a mind reader.”
Saturday, March 12, 2011
Leaving on a jet plane...
20hb Mac ni kena fly ke New Delhi. Projek selama 6 minggu tapi bos expect kita stay sana 2 minggu straight. Tapi nego punya nego berjaya dapat balik hari Khamis tu. Jadi dari stay terus 2 minggu tu hanya menginap 4 malam then balik...tido rumah 2 malam..fly ke Delhi 4 malam..then balik. OKlah..En. Haris nampak tenang aje..mungkin dia OK dan prefer dengan perancangan macam nie.
Diam tak diam lagi seminggu...hati rasa berat. Kijer makin bertambah..kepala makin berserabut. Dalam kekalutan nie, kita rasa macam antara sedih & excited. Sedih, biasalah..bila tengok muka budak-budak nie especially si Keem..baru depan mata pun dah boleh rasa rindu. Especially kalau dia tido nak peluk tengkuk kita. Sayu hati dibuatnya. Mai awal-awal lagi kita dah warning "Mai jangan buat perangai ye sayang..kalau mai sedih-sedih ibu takde..ayah jadi bengang...nanti ayah marah ibu tau.." Dia angguk.."OK bu, mai tak sedih tapi mai sure rindu ibu"..aduh! perit hati mendengarnya. Ajik, kita tak risau. Anak bujang kita tu...independent sokmo. Tapi sebesar gajah pun, nak tido malam still nak ibu tuck in kan. Walaupun sekadar 10minit pertama. Kita taknak complain, dok pikir cakap ayah "Selagi diorang nak kat you..amik peluang tu..bila dah besar nanti, you yang sibuk mencari masa diorang." Betul tu ayah..so masa time nie tak kiralah..10minit sebelum dia lelap tu la you usap-usap rambut dia & garu-garu belakang dia. A kiss goodnite & alfatihah sebelum tido menjadi rutin kami. Except, minggu kita takde ni dah pesan "Ajik, minggu depan ibu takde..abang jgn lupa baca doa and gosok gigi sebelum tido ok?". Hopefully dia tak lupa pesan kita.
Itu untuk anak-anak...dengan Haris..ntahlah..dia macam biasa jer. Maybe its good kali nie dia tak buat kita rasa bersalah. Maybe dia tahu kita balik dalam 4 hari. Tak kira la penat ke tak penat ulang aling..yang penting jangan lama-lama sangat..itu pesan dia.
Diam tak diam lagi seminggu...hati rasa berat. Kijer makin bertambah..kepala makin berserabut. Dalam kekalutan nie, kita rasa macam antara sedih & excited. Sedih, biasalah..bila tengok muka budak-budak nie especially si Keem..baru depan mata pun dah boleh rasa rindu. Especially kalau dia tido nak peluk tengkuk kita. Sayu hati dibuatnya. Mai awal-awal lagi kita dah warning "Mai jangan buat perangai ye sayang..kalau mai sedih-sedih ibu takde..ayah jadi bengang...nanti ayah marah ibu tau.." Dia angguk.."OK bu, mai tak sedih tapi mai sure rindu ibu"..aduh! perit hati mendengarnya. Ajik, kita tak risau. Anak bujang kita tu...independent sokmo. Tapi sebesar gajah pun, nak tido malam still nak ibu tuck in kan. Walaupun sekadar 10minit pertama. Kita taknak complain, dok pikir cakap ayah "Selagi diorang nak kat you..amik peluang tu..bila dah besar nanti, you yang sibuk mencari masa diorang." Betul tu ayah..so masa time nie tak kiralah..10minit sebelum dia lelap tu la you usap-usap rambut dia & garu-garu belakang dia. A kiss goodnite & alfatihah sebelum tido menjadi rutin kami. Except, minggu kita takde ni dah pesan "Ajik, minggu depan ibu takde..abang jgn lupa baca doa and gosok gigi sebelum tido ok?". Hopefully dia tak lupa pesan kita.
Itu untuk anak-anak...dengan Haris..ntahlah..dia macam biasa jer. Maybe its good kali nie dia tak buat kita rasa bersalah. Maybe dia tahu kita balik dalam 4 hari. Tak kira la penat ke tak penat ulang aling..yang penting jangan lama-lama sangat..itu pesan dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)

