Search This Blog

Tuesday, September 28, 2010

Menyambut Aidilfitri

Tahun nie, kami sekeluarga menyambut raya Aidilfitri secara sederhana. Yang penting bersama orang-orang yang kita sayang. Haris sungguhlah baik hati, alhamdulillah..dia beralah dengan kita untuk berada di Seremban pada malam raya. Tahun ni jugak, Dura & boy beraya sebelah mertua jadi kita volunteer untuk bersama ibu ayah on raya eve. Nak jugak tolong buat rendang or mana-mana yang patut. Kami sekeluarga kekalkan warna baju senada. Haris "recycle" baju melayu deep brown dia tu, kita finally berjaya tempah kain sari yang dibeli setahun lepas masa memula pergi ke Dhaka. Hakeem & Maira masing-masing pakai baju melayu plain senada warna kita; Goldern yellowish. Dan Hazrik kita belikan baju melayu cekak musang with lighter brown.

Kita sempat menjenguk keluarga di Glenmarie raya pertama. Makan & mentong rendang dengan mama & papa yang kita bekal dari Seremban. Hana sefamily join selepas balik dari rumah mertuanya. Makan sambil berbual...kami balik agak lewat ke rumah Sunway Kayangan.
Tahun ni jugak kami beramai-ramai kecuali Dura & Ted pulang ke Mersing..itupun pada raya ke 3. Bersantai, main mercun dan makan lagi...itu aje aktiviti kami. Sempat menjenguk kubur Tok Rahim & Pak Long pagi raya ke 4, kami terus singgah rumah Uncle Aman. Riuh rendah sekejap melayan Azian & Wan, kami menghentam kuih gunting sampai tinggal setengah balang. Malam tu ke rumah acik..mak adib & ayah Izhar pun ada...pekena mee bandung home made style! Apa penangan program tv kali nie, asyik dok pasang cerita hantu. Di rumah acik sambil makan-makan kami melayan cerita ding dong "Momok The Movie".

Raya ke 4, kami berpecah dengan ibu ayah & boy sekeluarga. Mereka drive south ke JB...we all ke "kampung" lagi satu di Kuantan...hehehhehe Swiss Garden. Sebenarnya nak amik kesempatan cuti panjang nie nak bawa the kids for a short hotel holiday. So ke sana le kami anak beranak..makan..berendam kat pool dan bersantai di tepian pantai sambil bermain pasir. Kali ni tak sempat nak amik gambar...camera tak bawa...Yang bagusnya time ni, masa check in Haris memang dah book bilik yang biasa, super deluxe. So kita dapat bilik yang ok sahaja dengan 2 single beds plus 1; so ada 3 la...then masuk-masuk aje toilet..bau hancing. En. Haris mana suka benda-benda ni sume...so dia pi le complain..alih-alih diberinya bilik yang lain..on a different wing. Memula contemplate jugak nak tukar bilik cos, bilik yang kami dapat ni..OK sebenarnya dekat sangat dengan pool. Tapi memandangkan tak sabar nak tunggu orang cleaner datang nak bersihkan toilet kami decided to pindah ajelah. Tengok-tengok, untung badan kami dapat bilik family...ada jacuzzi..2 tv, 2 single beds + 1 king size bed on the other attached room! Seronok sakan kami anak beranak!! Rezeki jangan di tolak..kami terima dengan besar hati :). 2 Malam di Kuantan dah kira cukup, tapi malangnya Haris kena gigit jellyfish di kedua belah kakinya. Kesian..memula terasa pedih katanya then terasa gatal-gatal la pulak. Nasib baik tak kena the kids. Masa tu kami tengah sibuk bermain pasir & kutip siput dan Haris seorang diri tengah syiok sendirian merendamkan kaki di tepi pantai. Alih-alih dia bergegas ke arah kami kesakitan..kesian. Rupanya, kata pekerja di situ, kalau air tenang memang jellyfish naik, and so far takde pun penghuni hotel yang terkena, Haris was the 1st...Dah nak kena...kalau menang loteri takpe gak...:P

Di penghujung minggu kami sekeluarga dah balik ke Sunway Kayangan semula. Sempat le bekal sedikit keropok & ikan masin dari Kuantan. Kami dah buat plan nak berkumpul hari Sabtu pula sebelah keluarga Glenmarie cos tahun ni, semua berpecah kecuali Hana yang tak pergi jauh cos mertuanya dekat le sangat. Kali nie, kami berlonggok di rumah baru mama & papa..Their weekend house di Sunway Kayangan dah siap, cuma takde furniture lagi. So bersantai di lantai, beralaskan tikar kami menjamu mee hoon goreng, rendang mama & lemang. Kita sediakan ayam goreng & roasted chicken salad. Riuh le sekejap rumah baru mereka dengan cucu-cucunya. Kami berdedai pulang selepas maghrib. Kali nie tak le lepak lama cos masing-masing ada plan yang lain selepas itu. Yang tak best nya kali nie, tahun nie takde gambar langsung keluarga sebelah Glenmarie ni..Sorang pun tak bawa camera...jadi melepas le peluang nak berposing.

Friday, September 24, 2010

Dugaan hidup

Malam semalam kita dapat sms dari kawan lama.  Berita tak baik, cos ketika itu isterinya terpaksa melalui proses biopsy, suspect tumor di leher. Pagi tadi semasa kita memandu di highway NKVE satu lagi sms dari dia; ianya kanser dan agak kritikal. Tergamam sekejap, sedih pun ye. Walaupun kita tak berapa rapat dengan isterinya, tapi tak boleh bayangkan apa yang dilalui oleh dia berdua suami isteri. Anak-anak masih kecil, sebaya dengan anak kita...

Kita hanya mampu berdoa semoga mereka berdua tabah hadapi dugaan. Semoga isterinya cepat sembuh. Kita sms dia balik "Tengah hari ni kita free, kita datang jumpa you lepas you solat Jumaat. Hang in there..." Itu saje yang boleh termampu...

Saturday, September 4, 2010

Kuih raya

My favourite kuih raya memang kuih suji...dan kuih tart yang ibu selalu buat. Lately nie bila dah tak duduk sebumbung dengan ibu, kami jarang sempat nak buat kuih. Maybe 2-3 tahun yang lepas Dura akan cuba buat kuih tart gunakan resepi ibu with me dok tolong-tolong letakkan jem nenasnya. This year macam payah lah pulak. Tiap-tiap weekend bila nak berkumpul, timing tak pernahnya sama...so at the end...kuih tart dalam kenangan. me alone nak mencuba buat kuih tart rasa macam lah payah (or maybe malas???)...so dengan tak malunya kita minta Haris belikan kuih raya dari kawan ofisnya this year (which actually is not bad at all!...) but the feeling tak sama....nak buat macam mana ek?

akan tetapi..setahu kita, kuih suji nie senang;ah kononnya. So dengan semangat yang membara, kita dok beli bahan-bahan nak buat kuih suji. Sekarang in between menunggu adunan perap dalam fridge 10min..kita berblog. Kalau jadi nak upload gambar sebagai bukti! Wish me luck!!