Search This Blog

Monday, March 28, 2011

time..

"Time is too slow for those who wait, 
too swift for those who fear, 
too long for those who grieve, 
too short for those who rejoice, 
but for those who love, time is eternity."
-Henry Van Dyke 




I turn 38 today. Life is wonderful.

Monday, March 14, 2011

Bila takde modal menjadi modal…

Sepuluh tahun mengadap muka yang sama, berkongsi bilik dan katil bersama…maybe dalam satu peringatkat terasa takde benda yang dapat nak dicakapkan lagi..dulu masa mula-mula kenal…10km berjalan terasa begitu singkat,10minit bagaikan sesaat..perbualan yang melalut hingga 5pagi tak terasa walau pun kelopak mata dah rasa berat. Itulah lumrah manusia; yang baru terasa indah yang lama terasa…jemu? Jemu ke?...Bukan jemu mungkin takde modal lagi kot.
Pasal tu la ramai orang berkata, jangan biarkan kesepian diri menjadi jarak pemisah. Dan jangan jadikan rutin harian sebagai alasan untuk tidak mencuba mengidupkan semula jiwa yang kosong…dan kalau boleh jangan la diisikan jiwa yang kosong dengan mengundang masalah yang lain… Tapi, betulkan? Kita selalu beri alasan terlalu penat, bosan, letih , payah dan malas…dan kekadang kita lupa nak bertanya khabar pada pasangan…"OK you hari nie?" Atau sekadar memuji ikhlas "cantik you pakai baju tu…segak bila you sikat rambut you macam tu." Or how about "Thanks yang…sedap nasi goreng belacan you."

Yang susahnya tu, kalau satu pihak aje yang pikir “asyik kita jer nak mengalah! Asyik kita jer nak dengar cakap?..what about my feelings? Nape kita aje yang nak kena beri laluan? Tak adil la macam nie!” Susah sebenarnya hidup berumah tangga nie, dia punya prinsip sebegitu..pendapat tak sama dengan kita..so nak dapat kan kemuafakatan dalam setiap perkara perlukan toleransi, diplomasi dan kebanyakkan tahap kesabaran yang tinggi (cos salah seorang mestinya tak paham bahasa…taknak beralah..taknak dengar pendapat..tak pedulik pendapat…dan lain-lain lagi) Tapi kalau satu pihak aje yang nak pikir yang sorang lagi tu taknak pikir? So how? Penat la…

Terkadang ada yang bertekak kalau dua-dua ada pendapat berbeza, kebanyakkannya sorang akan beri lebih pendapat (ni bila you dapat sorang partner yang lebih dominan)…yang sorang lagi tu terpaksa mendengar dan beralah..happy tak happy lain citer…dan ada kalanya dua-dua buat haluan masing-masing dan buat cara masing-masing. Or sorang aje yang nak ajak berbincang..dan yang lagi satu prefer walking away (nak cool off ke nak buzz off??) yang penting taknak confrontation; sorry honey I don’t like confrontation! Who does anyhow??? Penyelesaiannya? There’s none! Kan dah cakap, hidup rumahtangga nie complicated..terlalu rumit…tapi orang kawin jugak! Pelik kan?

Anak-anak sebagai penyambung kasih..kata orang tua-tua. Tapi anak-anak jugak boleh jadi penghalang kasih tersambung. Salah anak-anak ke? Tak jugak..sebenarnya salah kita jugak cos’ mungkin terlalu taksub dengan jadual harian  - hantar anak pi tuisyen, buat homework dengan diorang, music class, taekwando, groceries nak kena pi beli...duit maid nak kena transfer, cat food tak cukup, tayar keta dah botak, basikal anak kena repair…pastu by the time masa bersama..tenaga tinggal separuh..tengok muka pun takde selera. Yeke? Kesian gitu…tapi salah ke partner kita kalau terlalu mementingkan anak-anak? What about our needs as a wife, as a husband? Tu satu hal…kalau isteri tak pandai (or tak sempat)melawa..baju bau macam kari…terus taknak pandang. Salah siape? Salah si isteri cos taknak melawa amik hati si suami..or salah suami taknak memahami? Or dah terlalu bosan nak ajak berbincang..takde modal nak cakap apa-apa..penat nak ajak berbincang..balik-balik ke situ jugak argument nye…then toksah cakap lagi. Sorang kawan ada cakap…isteri kena pandai amik hati suami..kena tahu apa dia suka & apa dia tak suka…jangan buat kecoh bila dia balik kijer. Dah tu…biarkan aje? Biar kita handle sume? Adil ke gitu? Kita sorang aje nak pening…especially kalau sama-sama pun bekerja. Jadi kalau sama-sama penat balik kijer..bukankah sama-sama kena pikul tanggungjawab dengan hal ehwal rumah? Pastu isteri sorang aje nak usaha tarik perhatian laki? Nak kena pakai seksi & wangi? Laki pulak camna? Tak payah amik hati si isteri ke? HELLO??

Then ada sorang lagi kawan ni…penat nak ajak si isteri berbincang untuk dapatkan masa sendiriannya. Most of the time kalau dia sebut aje nak pi TT ke..nak keluar jumpa member ke…isteri akan buat bising muka panjang sedepa. So tak sanggup dengan leteran, dia beralah. Baik toksah cakap. Kalau nak buat kena curi-curi masa. Salah dia ke kalau dia bohong sunat? Sekurang-kurangnya dia tak kena leteran isteri. Kalau dak..tiap kali dia nak jumpa member..isteri sibuk nak dia layan anak-anak. Mulalah kata dia pentingkan benda lain dari keluarha. Tak semestinya. Kesian gitu. Kenapa nak masa sendirian pun tak boleh? Si isteri berleter kerana penat, dia keletihan dengan kerja pejabat & balik dan uruskan anak-anak. Jadi dia expect si suami sama-sama penat macam dia. Kena buat kijer rumah mana yang patut. Ye ke? Kena jugak ke?  Jadi kalau tak kena gaya…Kalau buat kijer tu terlambat sikit cos nak tarik napas sikit alamat kena sound.  Kesian jugak! Susah susah…Kat rumah sendiri pun rasa macam khadam ye…

Ok taknak pikir lagi..takde modal nak pikir. Muka dah berjerawat pasal stress..Stress kenapa? Ntahlah. Kot bila takde modal dah jadi modal topik perbualan kami…”Yang, you’ve got to tell me something laaa….or else I don’t know what’s inside your head! Tell me laaaa!!I am not a mind reader.”

Saturday, March 12, 2011

Leaving on a jet plane...

20hb Mac ni kena fly ke New Delhi. Projek selama 6 minggu tapi bos expect kita stay sana 2 minggu straight. Tapi nego punya nego berjaya dapat balik hari Khamis tu. Jadi dari stay terus 2 minggu tu hanya menginap 4 malam then balik...tido rumah 2 malam..fly ke Delhi 4 malam..then balik. OKlah..En. Haris nampak tenang aje..mungkin dia OK dan prefer dengan perancangan macam nie.

Diam tak diam lagi seminggu...hati rasa berat. Kijer makin bertambah..kepala makin berserabut. Dalam kekalutan nie, kita rasa macam antara sedih & excited. Sedih, biasalah..bila tengok muka budak-budak nie especially si Keem..baru depan mata pun dah boleh rasa rindu. Especially kalau dia tido nak peluk tengkuk kita. Sayu hati dibuatnya. Mai awal-awal lagi kita dah warning "Mai jangan buat perangai ye sayang..kalau mai sedih-sedih ibu takde..ayah jadi bengang...nanti ayah marah ibu tau.." Dia angguk.."OK bu, mai tak sedih tapi mai sure rindu ibu"..aduh! perit hati mendengarnya. Ajik, kita tak risau. Anak bujang kita tu...independent sokmo. Tapi sebesar gajah pun, nak tido malam still nak ibu tuck in kan. Walaupun sekadar 10minit pertama. Kita taknak complain, dok pikir cakap ayah "Selagi diorang nak kat you..amik peluang tu..bila dah besar nanti, you yang sibuk mencari masa diorang." Betul tu ayah..so masa time nie tak kiralah..10minit sebelum dia lelap tu la you usap-usap rambut dia & garu-garu belakang dia. A kiss goodnite & alfatihah sebelum tido menjadi rutin kami. Except, minggu kita takde ni dah pesan "Ajik, minggu depan ibu takde..abang jgn lupa baca doa and gosok gigi sebelum tido ok?". Hopefully dia tak lupa pesan kita.

Itu untuk anak-anak...dengan Haris..ntahlah..dia macam biasa jer. Maybe its good kali nie dia tak buat kita rasa bersalah. Maybe dia tahu kita balik dalam 4 hari. Tak kira la penat ke tak penat ulang aling..yang penting jangan lama-lama sangat..itu pesan dia.

Friday, March 4, 2011

UntukMu Hakeem

4hb Mac 2011
Selamat Ulang Tahun Hakeem. 
Hari ini anak ibu dah pun 3 tahun! Hidup ni takkan sama sejak Hakeem ada. Dialah penyejuk hati..pengarang jantung dan hadiah terulung. Betapa sesuatu yang bukan menjadi perancangan menjadi satu anugerah yang tak terhingga!! Ibu doakan segala kebaikkan untuk Hakeem. Semoga Hakeem menjadi anak yang soleh & hamba Allah yang taat setia. Membesar menjadi seorang insan yang berbudi pekerti, berjiwa mulia dan seperti nama mu sayang adil dan bijaksana! 

Hakeem buntat ibu..!

Top list apa yang Hakeem minat:
·         Truck
·         Robot
·         Truck
·         Buku
·         Kucing
·         Basikal
·         Cartoon Network
·         Ribena
·         McDonald
·         Ayam goreng
·         Maggi Mee (ok my fault!!) J







Thursday, March 3, 2011

Mai oh Mai

My baby girl Maira lost her 2 front teeth. At the age of 7 now, she’s finally losing her baby front teeth. Ugly as it may seems, she actually looked quite cute & adorable. A chatter box she is, non stop talking about her days, I can’t seem to keep my eyes off her cute lips and every time she open up her mouth to speak I cannot resist to smile…it doesn’t impressed her though, but I told her how beautiful she looks and I love the way she talks..Trying to keep her “S” and “N” correctly pronounced!
Mai oh Mai! Ibu sayang you very much!




Tuesday, March 1, 2011

Al fatihah

Alfatihah buat seorang kawan Haris satu pejabat. Semalam waktu zuhur, kemalangan kecil di jalan raya yang tak seberapa telah meragut nyawanya. Tak tahu versi mana yang betul, tapi yang pasti, arwah menaikki motornya menghala ke pejabat suami untuk menjemput suaminya. Dengar cerita dia nak pergi membeli-belah baju raya anak-anaknya in advance. Alangkah sedihnya, hajat tak kesampaian. Su, seorang ibu kepada 4 orang anak. Anak bongsunya sebaya Hakeem; 3 tahun. Dan yang sulung mungkin sebaya Hazrik. Menurut Azlan (kawan sepejabat arwah) brek motor yang dinaikki tak makan. Siapa sangka hari yang dia plan nak ambil cuti untuk membuat preparation awal untuk hari raya tahun nie jadi hari yang amat menyedihkan buat keluarganya. Semalam ketika dia rumah mayat, suami arwah nampak tenang, mungkin masih kaku & tergamam. Anak-anaknya masih tak tahu keadaan sebenarnya, dan si ayah belum bersedia nak memberitahu mereka. Kami di sana sampai maghrib. Apa yang buat kita terharu, nampak sungguh arwah Su nie seorang yang amat di sayangi, ramai kawan-kawan sepejabat datang. Walaupun kehadiran mereka takkan dapat memberi apa-apa tapi…yelah hanya Allah mengetahui betapa setiap keikhlasan persahabatan dari arwah Su terserlah bila para teman-temannya datang mengiring jenazah sambil beristifar dan berdoa ke atas rohnya.

Semoga, keluarga Su tabah mengharungi kehilangan dan kepermegiannya. Dari Allah kita tercipta, kepada Allah kita kembali. Tiada yang kekal kecuali Dia. Semoga roh Su dicucuri rahmat dan tergolong dengan mereka yang dimuliakan. Amin…