Search This Blog

Wednesday, August 24, 2011

Doa Seorang Ibu

Takde seorang ibu yang tergamak melihat anaknya sakit, menderita, papa & susah. Kalau ada lah kita dengar ibu-ibu yang sanggup tinggalkan anak kerana lelaki..atau biarkan anak-anaknya merempat tanpa perlindungan...then kita sendiri akan kata ibu tu gila. Seorang ibu yang normal, takkan dan tak mungkin sanggup. Tapi kekadang nilai kasih sayang setiap ibu mungkin tak sama. Berdasarkan personaliti masing-masing, setiap ibu mempunyai cara masing-masing. Ada yang terlalu protective, ada yang terlalu liberal. Ada ibu yang beri sepenuh kebebasan pada anak-anak menilai (jika anak tu dah besar panjang) dan ada sering beri pendapat..dan mungkin ada juga yang pikir dia beri pendapat tapi sebenarnya dia nak anak dia tu terima aje pendapat dia.

Betul ke tak betul cara tu...bukan tempat kita nak menilai. Yang kita tahu...untuk anak-anak kita sendiri..I want them to be the best that they can be. Setiap pengalaman, diberinya pengajaran..."Mai tak boleh expect semua yang Mai minta akan dapat..."...kena amik masa nak explain benda-benda buruk dan baik, bukan asyik nak marah aje. Tapi kekadang tu kena juga berkeras kalau cara lembut tak berkesan "No computer and games for the whole week..how can you forget your homework? Main game tak lupa pulak?!!" Ada masanya jugak, rasuah berkesan tapi kena pilih waktu yang sesuai..consider it sebagai ganjaran la..bukannya nak minta dia ikut cakap kita.."OK..OK..boleh makan maggi..tapi lepas ni jangan minta..Janji tak memekak..Ibu ada kijer sikit nie."

Kalau kita faham, apa sebenarnya tanggungjawab seorang ibu nie, kita tak akan perlekehkan masa yang kita gunakan. Sebenarnya, nak bela anak nie tak susah. Yang susah bila diorang menyakitkan hati..mengecilkan hati. Yang susah bila kita cuba untuk jadi tidak kecik hati. Kalau boleh tak mahu anak menanggung dosa.. Sekarang mungkin taklah..cos masih kecik lagi...tapi masa kecik ni la kita kena sentiasa mengingatkan mereka. Kena sentiasa hormat orang tua terumata ibu bapa sendiri.

Kita sentiasa mengingatkan diri, setiap waktu yang kita luangkan bersama mereka ada lah investment untuk masa depan. Bayangkanlah..masa anak-anak tu kecik lagi kita jarang nak spend time, masakan mereka dewasa, mereka nak luangkan lebih masa untuk kita? Simple calculations kan..kalau dalam sehari ada 24 jam..tolak 8jam bekerja...8jam waktu tidur...tinggal 8 jam. Then katakanlah..malam tu anak ada kelas tuition or mengaji..abis 2 jam kesitu..1 jam dia buat homework..ada 4 jam..berapa keraplah masa kita luangkan untuk mereka. Those daily things matters..and those small things matters. Kita mungkin tak nampak tu sekarang tapi percayalah...kekadang 20 minit yang kita spend berborak dengan anak-anak tu yang waktu yang penuh makna..cos anak dapat beritahu kita apa yang diorang buat the whole day. Luangkan waktu dinner bersama...Nie waktu yang paling penting. Dah lah lunch memang jarang... Weekend is a different matter. Nak tunggu cuti sekolah, holiday untuk dapat quality time? Tak perlu..quality time is when you spend time reading for them, peek at their homework, make a mess in the kitchen to bake cookies...yang penting anak-anak tahu kita amik berat.


Doa seorang ibu..."Ya Allah, kau lindunglah anak-anak ku dari sebarang malapetaka, sebarang kesusahan dan kepayahan hidup..kau berilah mereka keyakinan diri untuk menjadi hambaMu yang taat. Dan agar mereka sentiasa menjadi anak yang soleh dan sayang menyayangi"

2 comments: