Search This Blog

Monday, August 22, 2011

Salam Ramadhan

Tahun nie, raya di sambut dengan penuh dugaan...nak cerita terasa malas, tapi apa gunaya ada blog kalau nak berahsia ye tak. Cerita ni pun bukannya rahsia apa pun cuma lately..sejak Julai memang liat teramat sangat nak menaip. Perubahan terbesar mula Julai bila kita dah tak bekerja sepenuh masa lagi. Bukan kerana rela hati tapi keputusan Company finally nak relocated tempat lain. Jadi penyudahnya semua staff diberi VSS so that we all semua tak complain. Memanglah, nasib baik diberi pampasan kalau tak susah jugak nak bernafas. Kebetulan la pulak Haris sejak April lagi dah buat keputusan untuk berhenti dari bekerja di Hyundai. Jadi, macam orang kaya lah pulak dua-dua tak bekerja fulltime. Tapi mungkin rezeki anak, ada lah jugak duit yang masuk. Kita pun tak sangka...diberi project untuk buat freelancing. Memula dua report  lepas siap..ada lagi offer report untuk di buat. Report apa?..alah takat buat analisis data-data pastu translate ke powerpoint...buat le komen sana sini...Menangkuk jugaklah memalam menghabiskan report tu; sampai sakit tongkeng (terasa macam student la pulak..tido pukul 3-4 pagi) Tapi bila dapat cek yang pertama...hehheh senyum lebar kita. Seronok gak seminggu kijer dapat duit macam sebulan kijer di company lama. OK jugak kan? For now, alhamdulillah....dapat la tokok-tokok duit belanja. Cover la duit sekolah anak. En. Haris pun rajin menguruskan bisness dia tu, insyallah...rezeki di mana-mana. Kena ada usaha.

Masuk minggu ke 2 bulan Ramadhan nie, Maira kena chicken pox. So biasalah, bela budak sakit...serba tak kena. Nak tunggu kan spots dia tu tak gatal-gatal...memang mencabar kesabaran kita! :) Dah tu masuk minggu ke 3, Si Hazrik & Hakeem kena pulak...(Nak buat macam mana!!). Expected recovery sebelum raya...amin...

Tahun ni tak banyak buat plan berbuka diluar..bukan sengaja-sengaja tapi maybe bila dah tak berkerja kat pejabat kurang lah jugak interactions dengan dunia luar. Takde orang ajak keluar makan..takde pulak office organize apa-apa. Bagus jugak..dengan anak-anak demam chicken pox macam mana nak enjoy makan luar. KECUALI satu hari ni jer..Sofina dan kita teringin nak mencuba tempat baru Lyza. ooh! lupa nak mentioned, kawan Wolves kita buka restoran dekat area Pantai Hillpark. Atan (the husband) is a chef so you can bet makanannya sedap gitu. The type of food, is very humble (at least the Ramadhan spreadnye) yet sedap! Tapi bila ternampak orang lain mengorder ala-carte..macam best la jugak cuma perut dah padat so takat pandang-pandang jer. Nampak gaya kena datang 2nd round..this time "Atan! Satu chicken chop please..and together with that Ambra juice yeeeee!!".

My next entry will tell you more about Ambra...tak sempat nak amik gambar banyak-banyak cos sibuk makan..buka puasa la namanya..pastu ada Sofina & Lyza - "Deadly conversation yang penuh gelak ketawa..gerenti terkencing sikit!!:


No comments:

Post a Comment