Sejak Julai kita dah tak bekerja. Nak panggil diri penganggur...tak rasa macam menganggur pun. Depress? Tak jugak...memula masa dengar berita company nak buat lagi satu round re-organisation...I expected the worst. Laid off lagi ker...tutup kedai...pindah?...Pemutusnya, dalam bulan April, management buat annoucement. TRICAP di Malaysia terpaksa di tutup. Tapi hanya ada wakil di Bangkok, di mana sekarang memang dah ada Telenor Asia di sana. Kami di beri pampasan mengikut tempoh tahun berkhidmat. Ada yang dapat lebih dari 100k..tapi takkan sama dengan adanya kerja yang menjaminkan gaji bulanan. Kita tak rasa takut...cuak atau pun bengang. Mungkin rasanya, dah sampai waktu. Dulu tiap-tiap projek kami terpaksa membuktikan diri dengan orang putih yang kita pun sepandai mereka walaupun takde PhD bergulung, kami tetap boleh buat kerja. Mostly pun local business units suka bekerja dengan kami. Tapi yelah..nak salahkan politik dalam company..sapelah kita nie, union tak kuat..tak macam kat sana!But, without a doubt, bekerja di Telenor memang berbaloi! Tak pernah rasa seselesa, teman sepejabat macam adik beradik! Kami rapat..hinggakan masing-masing masak dengan perangai buruk dan baik!..dan menerima seadanya! Takde tempat bekerja yang se-open dan transparent. Kami diberi kebebasan dan peluang untuk berkembang. Walaupun penghujungnya setakat ini, kita rasa bersyukur. Membuat keputusan tiga tahun dulu untuk bekerja di disitu. Tempat kerja pun cantik, percaya tak kami bekerja di resort? Penuh kehijauan dan ketenangan! Berpeluang merantau sambil bekerja, berjumpa & berkenalan dengan kawan-kawan dari luar negara...Dhaka, Islamabad, Bangkok, India....Norway...
Terasa rindu bekerja tu memang ada, tapi tak mungkin berpeluang bekerja seperti di Telenor. Susah nak dapat syarikat yang memberi sepenuh kepercayaan & kelonggaran waktu bekerja. Anyway...sekarang episod baru. Terpaksa meng-update CV...jenguk jobstreet..contact headhunter...tapi rasa liat betul! Seronok jugak duduk di rumah. Pagi-pagi dapat siapkan breakfast anak-anak. Masa bulan puasa..sempat menghantar Hazrik ke sekolah so that dia boleh tido lebih sikit selepas sahur. Tiap-tiap pagi..dapat mandikan Hakeem..dapat berborak lebih panjang dengan Maira, dapat beli groceries bila-bila masa..takyah tunggu hujung minggu. Dapat ber-garden, 2-3 buku novel habis di baca..dan dah dua kali bawa budak-budak tengok wayang! Sejak tak bekerja kita jadi peminat setia NCIS, Bones, Relapse..abis semua episod kita cover! :)
Nak masuk tiga bulan macam nie...rasanya dah cukup masa berehat kot?
Ok..gambar-gambar nie takde kena mengena dengan cerita..saje je nak upload gambar anak angkat baru..Cloe & Leo. Yang kuning tu Ginger...dia dah lama dengan we all!!
Best juga dapat time off mcm ni kan. Maybe should consider part time je tak so that u have more time at home. Seem to suit you
ReplyDelete