Search This Blog

Saturday, August 28, 2010

Ketetel

Ketetel: bermaksud berjalan atau menari sambil berjengket-jengket. Atau dalam keadaan yang laju sehinggakan macam kera dapat bunga. Excited gitu...

Sebagai contoh:


Tuesday, August 24, 2010

Dari Seremban ke Janda Baik

Perancangan yang secara spontan lebih berkesan dari yang kita plan beriya-iya. Hujung minggu lepas kami pulang ke Seremban, nak buka dengan ibu ayah. Sabtu tengahri lagi kami dah sampai Seremban. Berjayalah jugak nak masakkan ibu buttered prawn yang dijanjikan. Haris nak makan tomyam udangnya, so sampai aje Seremban lepas kami punggahkan barang-barang, kami terusa ke Giant Seremban. Dapat la barang sikit, tapi bahan-bahan nak buat tomyam takde...sraight ke kedai runcit terdekat. Baru lah dapat serai dan limau yang kami nak.

Malam tu berbuka memang special. Ibu masak kari kepala ikan, kita buat tomyam sikit (atas permintaan Haris), dan buttered prawn tu. Dessert ibu buatkan kita bubur teligu (pengat barli)...manyak syiok! Seperti selalu malam tu kita berbual ibu sampai la pukul 2 pagi. Citer macam-macam, dari tudung baru yang ibu beli, baju melayu untuk bebudak...resepi untuk di bawa ke surau...kalau tak ayah masuk bilik mau tak melalut berborak sampai ke sahur..hehehehee....

Mai & Keem berposing dalam dusun.

Ahad, secara spontan Haris mentioned pasal Janda Baik, kebun ayahnya yang sekarang tengah lebat dengan buah-buahan. Kita jangan mentioned pasal kebun, buah...terus bersiap-siap lebih awal untuk ke sana. Kalau boleh nak kutip sebanyak-banyak manggis...Lepas zuhur kami bertolak. Singgah rumah Shah Alam, then straight ke Janda Baik. By the time sampai ke sana dah masuk 5 petang. Rambutan memang banyak, Duku langsat belum masak lagi, tapi manggis tinggal sikit jer. Kali ni tak sempat mandi sungai..terlalu lewat lagipun bulan puasa, makruh la pulak kalau berendam-rendam nie...And nak kejar kan solat asar so kami bergegas keLake Club untuk berbuka dan solat di sana. Sampai rumah 9 malam...penat tapi seronok. Malam tu semua tidur berdengkurrrr.....zzzzzzzzz.....

Syiok! duku langsat, tapi belum masak. 2 minggu lagi!
Jik takut semut! alahai!
Ayah & Jik mencuba nak kait rambutan yang merah-merah,semuanya tinggi-tinggi belaka.
my Hakeem, sungguhlah rajin!


Friday, August 20, 2010

Frust betul...

Dugaan...bulan nie kena banyak bersabar. Rasa macam nak meletup dada nie menahan stress tapi apakan daya, takat mampu bersabar ajelah. Nak meradang pun nak buat apa, nampak bodoh sendiri.

Kes 1:
Seminggu lepas handphone line kena barred pasal tak abis bayar bil...so bila kita call Customer Service Center untuk nak bayar tak boleh pulak cos credit card kena register dulu. Nasib baik sikit cos orang tu beri kelonggaran untuk remove the barring untuk 5 hari. So niatnya nak bayar la bil tu bila ke DiGi ofis hari Isnin nanti. Nak jadi kan cerita....(hehhehehe old school style)... training yang sepatutnya di HQ DiGi tukar ke Subang Villa. Melepas la peluang nak pi bayar on time. Stuck kat traning 3 hari berturut-turut abis pukul 5 petang, mana ada peluang nak singgah menyinggah. Abis training berebut balik nak nak masak untuk buka. Laa tu, hari Selasa kena barred lagi. Tension betul. Bila call helpline...langsung tak boleh Help. Katanya kita dah diberi peluang jadi takleh tolong apa-apa lagi, jadi nak taknak kena terima. Puas kita explain situasi, stuck kat DIGI training...ingatkan kalaulah kita ni dah kira adik beradik satu company dapat la bantuan ke apa. Malangnya...takde nasib kali nie. Tang tu dah stress dah. Ada handphone takleh call. Kita tahu, sepatutnya kita kena lah amik inisiatif nak settle kan masalah nie...tapi tulah kan...nak pegi bayar bermakna abis training kena lah pi cari DiGi Center...dengan jam lagi dengan berebut lagi...

Kes 2:
Semalam abis meeting kat DiGi awal, so amik le kesempatan nak menyettlekan permit kijer si Yus ni. So direct dari Subang Hi tech terus ke PKNS. Sampai-sampai kat imigresen, pegawai tu cakap, dalam system takde record fomema untuk Yus. Aik! musykil, bukankah 27hb Julai, dah pegi hantar si Yus ke klinik untuk medical check up dia. Then 11hb Klinik call kena amik urine test sekali lagi cos test pertama tak berapa bagus. In the initial record cakap status maid nie kena "kuarantin"..bermakna 1st test result menunjukkan dia tak lepas, walaupun "penyakit" sekadar kencing kotor, bukannya TB ke sakit jantung ke..or sakit otak ke...Dah retake the test 11hb tu, kita call la klinik 13hb Ogos nak tahukan keputusannya. Staff klinik tu cakap "Dah OK, lepas"...Dengan perasaan lega, kita pun pikir, OKlah sekarang tinggal nak settle kat immigration ajelah, pi amik Visa berkerja. 3 hari stuck kat training baru semalam dapat ke immigration. Dari pejabat immigration tingkat 2, kita ke pejabat Fomema tingkat 3. Di Fomema, dia kata klinik tak update lagi dalam sistem. Suruh call Fomema HQ kat Damansara cos diorang tak monitor case, sekadar beri borang & amik borang aje...lah ye ke??? ingatkan Pejabat Fomema fungsi semuanya sama...Call aje Fomema Damansara...kena tunggu lagi setengah jam cos waktu rehat (depa tak kijer waktu rehat/makan)...kisahnya...then tunggu punya tunggu dapat call..kena pas kan pegawai yang in charge, tapi line busy. Tunggu lagi. Pemutusnya dapat tahu, klinik yang tak update kan result yang terbaru. Call klinik, orang tu tak tahu cos dia tak handle case Yus. So dia tak boleh jawab sama ada klinik dah fax result ke fomema ke belum, tapi janji nak call balik once dah find out. Tunggu lagi..Memandangkan tempoh VISA entry Yus hanya bertahan sebulan kita ke pejabat imigresen lagi (tingkat 2) nak minta special extension sebulan lagi. Tapi takde receipt Fomema nak submit kat pegawai imigresen tu, so disuruh pi amik kat pejabat fomema for the copy. Naik lagi tingkat 3. Sampai sana request la copy resit tu...Bila dia soal lebih-lebih, dia pi contact pegawai kat HQ ofis. cos katanya "Nape lambat clinic tu nak submit result kalau dia kata result tu OK?"...laaa...mana kita tahu! Jadi Fomema buat follow up dekat klinik..katanya nak tolong kita (apa-apalah...beri jelah resit tu)..Bila dah dapat resit kita ke pejabat imigresen tu balik. Tunggu lagi. Bila dipanggil 30min kemudian, kata pegawai tu "Puan, ni kena bayar RM100 kerana visa sementara dah expired. Maid masuk 16hb Julai, sepatutnya benda ni sume kena settle dalam satu bulan tu.." Dengan muka sedih kita cakap la.."Saya tahu, tapi kalau result klinik tak keluar lagi macam mana? Saya tak sempat nak settlekan awal-awal dan sampai telupa tarikh. Saya bukannya lewat berbulan-bulan, sekadar 3 hari aje nie. Tak boleh tolong ke?"...End up, tak dapat buat apa-apa..bayar RM100 jugak (sayang duit tu...)..Tunggu 45min lagi sampai give up. Inform pegawai tu, esok jelah kita datang dah petang sangat. Makanan Buka belum prepare apa-apa lagi. Then turun bawah ingatkan nak terus balik, nampak pasar Ramadhan kat tepi PKNS tu. Selamat! Beli lauk sikit, nasi lemak sikit, kuih sikit...then terpikir, what if surat dari imegeresen tu Yus dah ready? Naik balik to check. Nasib la baik, surat & pasport ada. Dapat aje dokumen tu...kita terus ke kereta, nak balik...berebut nak kejar waktu sembahyang nie...

Penat betul bila ingatkan balik. Tak salahkan sape-sape.... Malam tu tido kepala rasa berserabut sangat, pinggang sakit, lutut sakit, hati sakit...frust betul....

Saturday, August 14, 2010

Aizat...lagi

Am I right about him or what????

PERGI - AIZAT

Salute to Aizat, discovered this song "Pergi"...while searching for his other song "Lagu Kita".
The more I search, the more I like him...most of his songs would have a deeper meaning and most of all suits him completely! I must be blind not to realized this earlier, apparently he composed most of his songs including "Lagu Kita"...
In a short time, he had made quite an achievement...
http://www.mmail.com.my/content/aizat%E2%80%99s-star-keeps-rising

Who would have thought, this talented boy was not the main favourite in the AF5...he did not have the commercial look, thus you can imagine he was not highly voted eventhough he had one of the most best vocal. But, I must say, of all the participants of Akademi Fantasia...Aizat stands out more..for me this boy is pure talent with awesome voice! The late Yasmin Ahmad chose "Pergi" for her Talentime soundtrack. Aizat wrote the Malay version of the "I go" by Pete Teo. Give it a listen if you have not. I promise you, you will fall in love with the song...

Listening to his song at 1.30am...

Friday, August 13, 2010

I miss...

I miss those simple life where you don't get a call where ever you are. In fact a phone call can be made in one place at a time.
I miss those early Saturday morning of cartoons program one after the other until ibu had to scream at us to get a shower.
I miss a good simple maggi mee Asam Laksa with an egg and bits of cili padi when it's raining outside.
I miss walking to the nearest store to get my TokCu her mamee snack supply
I miss those once a month event when ibu is on leave and she took us all to McD for our feast of Big Mac and coke.
I miss those long heart to heart conversation with Along while listening to our old radio playing NKOTB...Tommy Paige...Debbie Gibson....till 12am.
I miss those sneek get away with Boy driving ibu's car when she's not around...heading to Benteng Seremban spending 10 bucks on the laksa penang, lai chee kang & rojak kangkong.
I miss feeling silly & goofy making lousy jokes over a movie scene...
I miss going out with the girls without thinking about the time I need to get back.
I miss skipping around with no pain on my knee.
I really miss those sambal belacan mixed with left over rice & kicap! Yummy! (Dura's favourite too!)

I've gone mellow...simply missing those simple things in life.
(3rd day of Ramadhan)

Wednesday, August 11, 2010

1431 Hijrah; Ramadhan 2010

Bermulalah bulan Ramadhan bagi tahun 1431 hijrah (2010). Kali nie, semangat nak beramal terasa membuak-buak. Waktu sahur kami bangun dengan mengantuknya tapi berjaya jugak Hazrik memperabiskan sebungkus nasi lemaknya dan burger sekeping. Tapi pagi nie, belum apa-apa lagi dia dah gaduh lapar. Memang payah nak mula terutama pada hari pertama. Tapi insyaallah, dalam 2-3 hari mesti boleh tahan dan terima, badan pun dah boleh adapt. Sekarang, kami mengajar Hazrik berpuasa secara serius. Umur dia pun dah 8 tahun. Memang dah boleh sangat berlatih. Tahun lepas, sekadar separuh hari..memang susah masa tu kerana Hazrik ni memang pemakan. Harap-harapnya dia boleh bertahan lah kali nie.



Tahun nie jugak, dah masuk 12 kali kita & Haris menyambut puasa bersama-sama. Setiap kali bulan Ramadhan kita akan mentioned kat dia..."ingat tak masa kita mula-mula kenal dulu? Waktu tu lagi seminggu dua nak masuk bulan puasa." Dan masa tu lah kami mula rapat. Habis kerja sama-sama pergi ke pasar Ramadhan dekat Bukit Jalil. Tapi hanya sekali dua berbuka bersama. Masa tu kan hanya kawan, jadi dia balik berbuka dengan keluarganya dan kita masa tu duduk seorang dekat Cheras kerap berbuka puasa dengan geng ofis si Fauziah.

Jadi bulan Ramadhan umpama anniversary peringatan waktu kami berkenalan. Mungkin berkat bulan mulia tu jugaklah petanda kami bertemu jodoh kan? Siapa sangka baru kenal aje kami dah buat keputusan nak kahwin.

Bila usia meningkat, kita mula sedar dan faham banyak perkara yang dulu tak diberi perhatian. Betapa pentingnya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ni membuat amalan. Berpuasa bukanlah sekadar sibuk menunggu waktu berbuka, mencari hidangan yang kita kepingin nak makan sehari suntuk. Tapi yang lebih penting mempunyai kesedaran bahawa inilah peluang kita mendapat ganjaran Allah dengan membuat sebanyak-sebanyak amal ibadat. Dan ini adalah waktu terbaik mempunyai kesedaran untuk meninggalkan amalan yang tak baik.

Kita berdoa seluruh ahli keluarga, ibu ayah, mama, papa, Along, Ted, Boy, As...dan keluarga Haris disebelah sana sihat dan semuanya selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga tahun nie, kami semua mendapat keberkatan dan ganjaran dunia akhirat.

Selamat berpuasa semua!