Search This Blog

Friday, August 20, 2010

Frust betul...

Dugaan...bulan nie kena banyak bersabar. Rasa macam nak meletup dada nie menahan stress tapi apakan daya, takat mampu bersabar ajelah. Nak meradang pun nak buat apa, nampak bodoh sendiri.

Kes 1:
Seminggu lepas handphone line kena barred pasal tak abis bayar bil...so bila kita call Customer Service Center untuk nak bayar tak boleh pulak cos credit card kena register dulu. Nasib baik sikit cos orang tu beri kelonggaran untuk remove the barring untuk 5 hari. So niatnya nak bayar la bil tu bila ke DiGi ofis hari Isnin nanti. Nak jadi kan cerita....(hehhehehe old school style)... training yang sepatutnya di HQ DiGi tukar ke Subang Villa. Melepas la peluang nak pi bayar on time. Stuck kat traning 3 hari berturut-turut abis pukul 5 petang, mana ada peluang nak singgah menyinggah. Abis training berebut balik nak nak masak untuk buka. Laa tu, hari Selasa kena barred lagi. Tension betul. Bila call helpline...langsung tak boleh Help. Katanya kita dah diberi peluang jadi takleh tolong apa-apa lagi, jadi nak taknak kena terima. Puas kita explain situasi, stuck kat DIGI training...ingatkan kalaulah kita ni dah kira adik beradik satu company dapat la bantuan ke apa. Malangnya...takde nasib kali nie. Tang tu dah stress dah. Ada handphone takleh call. Kita tahu, sepatutnya kita kena lah amik inisiatif nak settle kan masalah nie...tapi tulah kan...nak pegi bayar bermakna abis training kena lah pi cari DiGi Center...dengan jam lagi dengan berebut lagi...

Kes 2:
Semalam abis meeting kat DiGi awal, so amik le kesempatan nak menyettlekan permit kijer si Yus ni. So direct dari Subang Hi tech terus ke PKNS. Sampai-sampai kat imigresen, pegawai tu cakap, dalam system takde record fomema untuk Yus. Aik! musykil, bukankah 27hb Julai, dah pegi hantar si Yus ke klinik untuk medical check up dia. Then 11hb Klinik call kena amik urine test sekali lagi cos test pertama tak berapa bagus. In the initial record cakap status maid nie kena "kuarantin"..bermakna 1st test result menunjukkan dia tak lepas, walaupun "penyakit" sekadar kencing kotor, bukannya TB ke sakit jantung ke..or sakit otak ke...Dah retake the test 11hb tu, kita call la klinik 13hb Ogos nak tahukan keputusannya. Staff klinik tu cakap "Dah OK, lepas"...Dengan perasaan lega, kita pun pikir, OKlah sekarang tinggal nak settle kat immigration ajelah, pi amik Visa berkerja. 3 hari stuck kat training baru semalam dapat ke immigration. Dari pejabat immigration tingkat 2, kita ke pejabat Fomema tingkat 3. Di Fomema, dia kata klinik tak update lagi dalam sistem. Suruh call Fomema HQ kat Damansara cos diorang tak monitor case, sekadar beri borang & amik borang aje...lah ye ke??? ingatkan Pejabat Fomema fungsi semuanya sama...Call aje Fomema Damansara...kena tunggu lagi setengah jam cos waktu rehat (depa tak kijer waktu rehat/makan)...kisahnya...then tunggu punya tunggu dapat call..kena pas kan pegawai yang in charge, tapi line busy. Tunggu lagi. Pemutusnya dapat tahu, klinik yang tak update kan result yang terbaru. Call klinik, orang tu tak tahu cos dia tak handle case Yus. So dia tak boleh jawab sama ada klinik dah fax result ke fomema ke belum, tapi janji nak call balik once dah find out. Tunggu lagi..Memandangkan tempoh VISA entry Yus hanya bertahan sebulan kita ke pejabat imigresen lagi (tingkat 2) nak minta special extension sebulan lagi. Tapi takde receipt Fomema nak submit kat pegawai imigresen tu, so disuruh pi amik kat pejabat fomema for the copy. Naik lagi tingkat 3. Sampai sana request la copy resit tu...Bila dia soal lebih-lebih, dia pi contact pegawai kat HQ ofis. cos katanya "Nape lambat clinic tu nak submit result kalau dia kata result tu OK?"...laaa...mana kita tahu! Jadi Fomema buat follow up dekat klinik..katanya nak tolong kita (apa-apalah...beri jelah resit tu)..Bila dah dapat resit kita ke pejabat imigresen tu balik. Tunggu lagi. Bila dipanggil 30min kemudian, kata pegawai tu "Puan, ni kena bayar RM100 kerana visa sementara dah expired. Maid masuk 16hb Julai, sepatutnya benda ni sume kena settle dalam satu bulan tu.." Dengan muka sedih kita cakap la.."Saya tahu, tapi kalau result klinik tak keluar lagi macam mana? Saya tak sempat nak settlekan awal-awal dan sampai telupa tarikh. Saya bukannya lewat berbulan-bulan, sekadar 3 hari aje nie. Tak boleh tolong ke?"...End up, tak dapat buat apa-apa..bayar RM100 jugak (sayang duit tu...)..Tunggu 45min lagi sampai give up. Inform pegawai tu, esok jelah kita datang dah petang sangat. Makanan Buka belum prepare apa-apa lagi. Then turun bawah ingatkan nak terus balik, nampak pasar Ramadhan kat tepi PKNS tu. Selamat! Beli lauk sikit, nasi lemak sikit, kuih sikit...then terpikir, what if surat dari imegeresen tu Yus dah ready? Naik balik to check. Nasib la baik, surat & pasport ada. Dapat aje dokumen tu...kita terus ke kereta, nak balik...berebut nak kejar waktu sembahyang nie...

Penat betul bila ingatkan balik. Tak salahkan sape-sape.... Malam tu tido kepala rasa berserabut sangat, pinggang sakit, lutut sakit, hati sakit...frust betul....

4 comments:

  1. Banyak2 bersabar jer lah, memang dugaan

    ReplyDelete
  2. yang ni memang sah di panggil dugaan.. pasal maid ni.. kalau nak suruh ejen buat sure mahal kan... bila buat sendiri cam gini lak jadinyer

    ReplyDelete
  3. sabar je la kak ita...dugaan btul

    ReplyDelete
  4. tengah bersabar la hinggakan lobang idung kembang menahan bahang...Kalau lah ada alternatif lain tak payah pakai maid...masalah lain la pulak kan. Bukan senang nak cari nanny ke..

    ReplyDelete