Search This Blog

Thursday, January 26, 2012

Boikot untuk menulis....

Hari ni, dah masuk tahun baru...hampir 6 bulan lebih kita tak menulis apa-apa. Sejak Julai, kita tersadai di rumah berjinak-jinak dengan title baru sebagai suri rumah sepenuh masa, freelancer separuh masa. Sejak itulah, mood nak mengupdate status diri di FB diketepikan...nak mengolah pendapat dalam blog pun kita abaikan. Idea banyak tapi kita taknak ingatkan perasaan hampa kerana tak dapat respon dari mana-mana tempat yang kita cuba apply.

Sebulan dua tak kerja masih rasa OK, duit simpanan ada lagi. Tengah enjoy "cuti" habis-habisan. Jauh di lubuk hati, rasa kecewa tu ada...mula rasa rendah diri dan ragu tentang keupayaan diri. Aku ni belajar sampai ke UK, ijazah ada...dulu gaji boleh tahan sekarang..takkan takde kerja? Bukan merendah-rendahkan mertabat housewife nie, memang ada keseronokkannya..dapat layan anak-anak, attend to homework dan sentiasa accessible bila-bila masa. Masuk bulan ke 4 dah mula rasa resah. Kenapa takde company respond to my application? Am I that irrelevant? By then, kita dah mula pikir...maybe I should take my freelance role full time? Or should I do my MBA? or should I continue pray hard enough that Haris would landed a deal that could give enough income that I need not worry about working again?

By Dec, lagi satu peluang datang...kawan lama yang baru join Hicom update yang bos dia mencari orang...kali ni alhamdulillah...rezeki sudah tersurat. Suatu penantian terjawab. Allah makbulkan satu permintaan untuk kita mendapat perkerjaan lagi. Mungkin the learning here..jangan berputus asa, jangan cepat mengalah...jangan berhenti berusaha dan jangan berhenti berdoa...Amin.

Pos Malaysia, here I come!!!

No comments:

Post a Comment