20hb Mac ni kena fly ke New Delhi. Projek selama 6 minggu tapi bos expect kita stay sana 2 minggu straight. Tapi nego punya nego berjaya dapat balik hari Khamis tu. Jadi dari stay terus 2 minggu tu hanya menginap 4 malam then balik...tido rumah 2 malam..fly ke Delhi 4 malam..then balik. OKlah..En. Haris nampak tenang aje..mungkin dia OK dan prefer dengan perancangan macam nie.
Diam tak diam lagi seminggu...hati rasa berat. Kijer makin bertambah..kepala makin berserabut. Dalam kekalutan nie, kita rasa macam antara sedih & excited. Sedih, biasalah..bila tengok muka budak-budak nie especially si Keem..baru depan mata pun dah boleh rasa rindu. Especially kalau dia tido nak peluk tengkuk kita. Sayu hati dibuatnya. Mai awal-awal lagi kita dah warning "Mai jangan buat perangai ye sayang..kalau mai sedih-sedih ibu takde..ayah jadi bengang...nanti ayah marah ibu tau.." Dia angguk.."OK bu, mai tak sedih tapi mai sure rindu ibu"..aduh! perit hati mendengarnya. Ajik, kita tak risau. Anak bujang kita tu...independent sokmo. Tapi sebesar gajah pun, nak tido malam still nak ibu tuck in kan. Walaupun sekadar 10minit pertama. Kita taknak complain, dok pikir cakap ayah "Selagi diorang nak kat you..amik peluang tu..bila dah besar nanti, you yang sibuk mencari masa diorang." Betul tu ayah..so masa time nie tak kiralah..10minit sebelum dia lelap tu la you usap-usap rambut dia & garu-garu belakang dia. A kiss goodnite & alfatihah sebelum tido menjadi rutin kami. Except, minggu kita takde ni dah pesan "Ajik, minggu depan ibu takde..abang jgn lupa baca doa and gosok gigi sebelum tido ok?". Hopefully dia tak lupa pesan kita.
Itu untuk anak-anak...dengan Haris..ntahlah..dia macam biasa jer. Maybe its good kali nie dia tak buat kita rasa bersalah. Maybe dia tahu kita balik dalam 4 hari. Tak kira la penat ke tak penat ulang aling..yang penting jangan lama-lama sangat..itu pesan dia.
Search This Blog
Saturday, March 12, 2011
Friday, March 4, 2011
UntukMu Hakeem
4hb Mac 2011
Selamat Ulang Tahun Hakeem.
Hari ini anak ibu dah pun 3 tahun! Hidup ni takkan sama sejak Hakeem ada. Dialah penyejuk hati..pengarang jantung dan hadiah terulung. Betapa sesuatu yang bukan menjadi perancangan menjadi satu anugerah yang tak terhingga!! Ibu doakan segala kebaikkan untuk Hakeem. Semoga Hakeem menjadi anak yang soleh & hamba Allah yang taat setia. Membesar menjadi seorang insan yang berbudi pekerti, berjiwa mulia dan seperti nama mu sayang adil dan bijaksana!
Hakeem buntat ibu..!
Top list apa yang Hakeem minat:
· Truck
· Robot
· Truck
· Buku
· Kucing
· Basikal
· Cartoon Network
· Ribena
· McDonald
· Ayam goreng
· Maggi Mee (ok my fault!!) J
Thursday, March 3, 2011
Mai oh Mai
My baby girl Maira lost her 2 front teeth. At the age of 7 now, she’s finally losing her baby front teeth. Ugly as it may seems, she actually looked quite cute & adorable. A chatter box she is, non stop talking about her days, I can’t seem to keep my eyes off her cute lips and every time she open up her mouth to speak I cannot resist to smile…it doesn’t impressed her though, but I told her how beautiful she looks and I love the way she talks..Trying to keep her “S” and “N” correctly pronounced!
Mai oh Mai! Ibu sayang you very much!
Tuesday, March 1, 2011
Al fatihah
Alfatihah buat seorang kawan Haris satu pejabat. Semalam waktu zuhur, kemalangan kecil di jalan raya yang tak seberapa telah meragut nyawanya. Tak tahu versi mana yang betul, tapi yang pasti, arwah menaikki motornya menghala ke pejabat suami untuk menjemput suaminya. Dengar cerita dia nak pergi membeli-belah baju raya anak-anaknya in advance. Alangkah sedihnya, hajat tak kesampaian. Su, seorang ibu kepada 4 orang anak. Anak bongsunya sebaya Hakeem; 3 tahun. Dan yang sulung mungkin sebaya Hazrik. Menurut Azlan (kawan sepejabat arwah) brek motor yang dinaikki tak makan. Siapa sangka hari yang dia plan nak ambil cuti untuk membuat preparation awal untuk hari raya tahun nie jadi hari yang amat menyedihkan buat keluarganya. Semalam ketika dia rumah mayat, suami arwah nampak tenang, mungkin masih kaku & tergamam. Anak-anaknya masih tak tahu keadaan sebenarnya, dan si ayah belum bersedia nak memberitahu mereka. Kami di sana sampai maghrib. Apa yang buat kita terharu, nampak sungguh arwah Su nie seorang yang amat di sayangi, ramai kawan-kawan sepejabat datang. Walaupun kehadiran mereka takkan dapat memberi apa-apa tapi…yelah hanya Allah mengetahui betapa setiap keikhlasan persahabatan dari arwah Su terserlah bila para teman-temannya datang mengiring jenazah sambil beristifar dan berdoa ke atas rohnya.
Semoga, keluarga Su tabah mengharungi kehilangan dan kepermegiannya. Dari Allah kita tercipta, kepada Allah kita kembali. Tiada yang kekal kecuali Dia. Semoga roh Su dicucuri rahmat dan tergolong dengan mereka yang dimuliakan. Amin…
Monday, February 14, 2011
Hazrik dan basikal
14 Feb 2011; Hari ini dalam sejarah:
Hazik dah pandai naik basikal 2 tayar...mungkin agak lambat sikit cos tahun ni dia dah sepuluh tahun..tapi salah ibu ayahnya jugak pasal tak amik masa nak ajar dia. So start seminggu lepas tiap-tiap petang dia start berlatih dengan sepupunya Nurul (Yun)..tapi dah 3 hari masih macam tu jugak. Masih teragak-agak, takut jatuh jadi dia masih tak dpat nak kayuh basikalnya macam biasa. 2 hari lepas kita pikir "tak boleh jadi...today dia kena cuba betul-betul!" alhamdulillah berkat paksaan kita dia berjaya jugak nak mencuba naik basikal tu.
Hari ni, pagi-pagi lagi dia tanya kita "hari nie ibu balik awal ke?".kita jawab "kenapa jik? Ajik nak ibu balik awal ke?"..dia jawab "kalau ibu balik tak lewat boleh kita ke park practice basikal lagi...boleh ke?"..seronok kita mendengarnya. Jadi berkobar-kobar kita balik dari kerja, tengok-tengok Hazrik dah pergi ke park, kali ni dia naik on his own! Tahniah Hazrik, I am so proud of you!

Tuesday, February 8, 2011
Bila maid nak jadi spiderman!
This is not meant to be a joke..lebih-lebih lagi melibatkan kematian. Tapi, kita tak boleh nak elak nak beri komen tentang satu petikan akhbar tentang seorang maid Indonesia yang mati akibat terjatuh dari tingkat 8. Ada ke patut guna tuala & selimut untuk dijadikan tali...dan cuba turun dari tingkap bilik di apartment majikannya?? Ni la padahnya banyak tengok citer kartun...otak berpikir pun macam budak kecik! Kain kapas mana tahan berat...lebih-lebih lagi di ikat hujungnya.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/6/nation/20110206184122&sec=nation
Walaupun di Malaysia banyak komen-komen negatif terhadap majikan yang tidak berperikemanusiaan..layan maid macam 2nd citizen...sebenarnya sama banyak maid-maid yang datang sini dengan niat yang tak baik. Datang sekadar nak lalun masuk ke Malaysia. Pedulik apa dia kalau majikan tu dah keluar berbelas-belas ribu...nak dapat kan permit, visa dan tambang...yang penting dia nak laluan aje. Baru-baru ni, jiran ibu di Seremban; Mak Aji seorang balu bayar 8k untuk seorang maid. Tak sampai seminggu maid tu berambus lari. Tak cukup itu, siap tinggalkan surat terima kasih dia - katanya beri dia laluan nak masuk Malaysia! Tak ke bangang punya kepala otak! Selfish ke tak selfish diorang nie? Mempergunakan orang!
So kalau nak citer pasal majikan yang teruk tu, memang la ada...google aje "Malaysian maid abuse..."melambak citer-citer sedih diorang kena dera. In fact kita sendiri memang pernah nampak jiran rumah yang memaki hamun maid dia dengan perkataan "bodoh" berkali-kali. Pendapat kita? Memang tak setuju manusia di layan begitu, walau pun salah macam mana...tegur kenalah tegur..tapi tak usah lah di tengking-tengking depan rumah sampai satu jiran tetangga boleh dengar...apatah lagi yang sempat nak panaskan seterika untuk ditenyeh kat badan maid tu...Jangan la sampai macam tu sekali. Selalunya orang-orang yang takde perasaan nak menyakitkan orang lain nie..pada kita memang tak normal! Orang yang normal tak akan sanggup buat manusia sebegitu sekali.
Hakikatnya...bagi setiap majikan yang gila tu..ada jugak bahagian maid yang sewel! Macam maid yang nak jadi spiderman tu la..tak diberinya keluar oleh majikan..dia ikut tingkap..rupanya nak jumpa boyfriend. Not surprise kalau maid yang dapat majikan baik pun..bila diberi peluang bersosial...akan jadi lebih teruk! End up lari..or mengandung..or macam-macam lagi. Very la the few maid yang datang sini berkelakuan senonoh...teguh dengan nawaitu dia ke mari...ada memang ada..tapi tak ramai.
And kalau kita ada dengar-dengar citer pasal maid yang dah bekerja lama dengan keluarga tu..di layan macam keluarga gak..tapi bila balik..barang-barang kita rupanya di curi..Memula kita dengar nie..macam mitos aje..cos' banyak versinya. Tapi hakikatnya, mitos selalunya bermula dengan cerita ceriti...rupa-rupanya ada sorang kawan terdekat terkena jugak. lagilah..keluarga majikan dah beri sepenuh kepercayaan pada dia. So mana silapnya? Apa formula nak dapat maid yang baik?...There's none I am afraid. It's all about luck and nothing else!

Tuesday, February 1, 2011
Maid oh maid!
Penatlah...maid yang ntah ke berapa kali nie cabut lari la pulak! Tak sampai setengah tahun..tak cukup tempoh dia dah berambus ikut suka hati dia...Sumpah tak habis dengan diorang nie tapi tetap menyakitkan hati. Duit dah habis ribu raban...cakap cakap pasal masa yang diambil turun naik PKNS nak register kat Fomema, ke imigresen, ke pejabat pos..datang pergi amik cuti...!
Diorang nie kan memang layak kena sumpah seranah pasal berpikiran sempit dan tak pedulik tentang tanggunjawab dan komitmen. Masa datang buat muka sedih macam selipar jepun..Jangan ditanya pasal kehidupan kat Indon macam mana; laki mati lah..laki tinggalkan tak beri nafkah..anak 10 la...hidup susah..nak anak ke sekolah, bapak sakit, mak dah tua..macam-macam. Memula dulu masa maid pertama, kita memang lemau, mudah simpati..Tak sampai hati nak potong gaji, kesian dengar citer sedih...kalau boleh nak tolong mana yang patut! Tapi diorang, tak kisah kalau kita dah belanja banyak ke, penat nak usahakan untuk dapat kan pembantu..diorang kalau nak lari...pedulik apa, tak kiralah kalau kita baru aje renew levi tahun ke dua, lepas renew aje, masuk seminggu sedar-sedar lesap!
Yus, maid kita yang baru-baru lari nie memang dah mula tunjuk pasal. Memula asyik le bergadoh dengan anak dara kita..Ada aje yang tak kena si Maira mengadu.."Kak Yus taknak tolong buat air la...Kak Yus buat tak tahu bila dipanggil, Kak Yus sibuk bercakap2 dengan maid2 belakang rumah sampai Hakeem ditinggalkan.."..menyirap aje darah kalau tiap pagi Maira dok menelefon kita kat pejabat! Tapi kita pendamkan aje..instead balik kije kita nasihatkan dia...tolonglah jangan leka dengan budak2 nie...bukan susah sangat kijer kat rumah tu..Tak usahlah sibuk nak bertonyeh2 dengan maid2 belakang rumah. Tapi kan, masalahnya...kita boleh bercakap, the moment kita pergi kijer...tawakal ajelah..Itu pun nasib baik jiran sebelah tu dah kira sedara..so apa-apa emergency tak le kita rasa bimbang. Tapi tulah...bila tengok gaya si Yus ni yang kuran peka pada budak-budak, kita dah mula buat laluan untuk Bad maid lama kita yang kena balik kampung tu untuk balik semula kemari. Alhamdulillah, proses kemasukkan Bad dapat kelulusan..tunggu masa aje. Jadi nak taknak kena lah berbincang dengan Yus yang kita nak dia bekerja di Seremban saje..Lagi senang buat kijer rumah dengan ibu dari sibuk melayan anak-anak..tak gitu?? Rupa-rupanya, disebalik rupanya yang toyee tu..dia dah simpan niat nak lari. Tak tahu lah samada niat tu memang dah ada dari mula atau pun tak berkenan dengan keputusan kita nak hantar dia ke Seremban. Yang susah nya diorang nie, takkan mungkin nak berterus terang, kalau diorang cakap taknak kijer dengan kita, dah tentu dihantar pulang ke Indon. Masalahnya kebanyakkannya dari mereka nie, memang taknak balik Indon..cos kalau balik takde duit. Pedulik apa dengan contract!! Yang sakitnya..majikan! Selalu salahkan majikan layan pembantu macam sampah..tak beri muka..tapi kalau kita buat baik macam mana pun, kalau diorang ni dah niat nak lari...takkan dia kesian kan kita pun!
Baru seminggu dihantar ke Seremban, Yus dah lari...sah dengan bantuan kawan2 indon dia tu la...Geram! cos hari tu baru berikan dia RM100 in advance gaji Januari dia.. Bila diminta pasal takde duit poket, kita yang tak serik2 nie kesian la pulak...yelah...kita taknak dia pikir yang kita ni ikut sukati nak hantar dia sana sini. Ikutkan perangai dia, memang tak sesuai jaga anak-anak..Jadi jalan terbaik..hantar aje berkerja dengan ibu ayah.
Geram tak sudah pasal..masuk Yus nie..dah 6 maid kita lari...kebanyakkannya pasal boyfriend..selebihnya terpengaruh dengan kawan-kawan luar yang ajak berkerja tempat lain!! Apalah nasib! Kalau aku nampak Yus tu kat mana-mana memang aku rembat muka dia dengan penyapu kontot!!

Subscribe to:
Posts (Atom)