Search This Blog

Wednesday, July 28, 2010

Tipah tertipu...

Semalam over lunch dengan kawan-kawan office, one of our friend start bercerita yang dia sekarang hilang confidence level. Dengan muka frustnya dia buka cerita yang beberapa hari yang lepas, dia terima satu call (fixed line) kononnya dari jabatan kad kredit Bank Rakyat. "Pegawai" di talian tu ingin nak confirmkan application kawan I berkenaan permohonan dia untuk nak increasekan had kad kredit dia. Ofcourse kawan I nie terkejut cos dia tak pernah ada kad kredit dari Bank Rakyat, apatah lagi terkejut bila diberitahu yang kad itu digunakan untuk membuat satu pembayaran sebanyak RM9000 dari Singapura. Kononnya lagi kad itu telah di kealurkan dari cawangan Miri. So bila "pegawai" tu confirmkan nama & no. IC kawan I..semuanya betul. Nampak gaya "pegawai" tu ada butiran kawan I ni. Untuk nak block nama kawan I disalahgunkan "pegawai" nie pun berilah no. Bank Negara untuk dia hubungi. Kawan I nie pun, contact la no. tu. Silapnya dia tak counter check no. yang diberi tu...Bila dia call no. tu, ada pula orang menjawab. Secara professional orang ini melayan aduan kawan I. . Salah satu panggilan yang dia buat, dia ada bercakap dengan seorang lelaki cina yang kononnya pegawau Bank Negara. Yang musykilnya, dia bercakap dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Apabila kawan I nie bertanya dalam Bahasa Inggeris, dia minta berbual dalam Bahasa Melayu. Katanya, temu bual ni perlu direkodkan kerana ingin digunakan dalam mahkamah..so nak taknak kawan I yang berbangsa cina nie pun berbual lah dalam bahasa Melayu dengan pegawai ni. Salah satu request bualan mereka, pegawai ni meminta kawan I ni pergi ke ATM untuk menyelaraskan akaun simpanannya...tak tahulah macam mana sampai ke situ...kawan I boleh plak ke ATM machine nak menekan beberapa butang yang telah diarahkan berserta dengan beberapa no. kod yang diberi pada kawan I nie. Tanpa bertanya atau terasa curiga dia buat apa yang di suruh. Siap beri arahan jangan ikut apa arahan yang tertera kat skrin, cuma key in nombor-nombor kod yang diberi. Ntah macam manala dia buat, tapi kawan I cakap..orang dalam phone tu memang smooth giler sampaikan dia tak rasa curiga langsung.Tup tup..satu resit keluar. Time tulah kawan I tersentak bila tersedar duit dalam saving dia kurang 5k. Dah mula rasa cuak dia call balik no "Bank negara" tu...orang tu jawab balik. Bila ditanya apa dah jadi; kenapa duit dia kurang 5k..."pegawai" tu cakap..itu prosedur biasa...duit dikembalikan nanti...But ofcourse dia dah rasa lain macam aje. Bila minta bantuan Bank, ofcourse bank kata dia tak boleh buat apa-apa kerana duit tu ditransfer oleh kawan i sendiri.

So..nak taknak dia terpaksa berulang alik ke balai polis membuat aduan. Malangnya pagawai polis yang nak ambil rekod ni kata kawan I...macam tak tahu apa-apa. Bila ditanya lebih-lebih semuanya tak tahu..Buat polis report pun...polis tu siap suruh kawan I sendiri yang type kan kat computer cos pjg. sgt katanya (laaaaa???)...Walaupun nampak mcm mudah...no. fixed line tu masih aktif...No. akaun yg duit tu ditransfer kan ada...tapi tak tahulah..kenapa polis tak ambil tindakan secepat mungkin. Kata mereka...mereka tgh monitor..Ntah apa yang dipantau? At the end...kawan I sekrg masih menunggu apa yg selanjutnya selepas membuat aduan polis...no. "bank negara" "no. pemanggil dari Bank Rakyat" tu masih aktif..Yang pasti..duit gaji nya lesap RM5000 begitu saje. kesian kawan I ni, dahlah dia sorang aje yang bekerja menampung isteri dan dua anak-anaknya yang masih kecil.

Kita biasa terima email dari kawan-kawan tentang scam mcm ni, tak sangka yang ianya terjadi pada seorang kawan sendiri. Itulah...nasihat pada semua..beringatlah..kalau terima panggilan pelik-pelik macam ni tolong jangan layan. Kalau nak ikutkan, kawan I ni seorang yang cermat & berhati-hati. Tak boleh nak jelaskan kenapa dia boleh terpedaya. Sama ada kes pukau ke, atau secara langsung dia terperangkap kerana perasaan cuak kerana takut nama nya terbabit..dia dah kena tipu dengan sindiket ni...

Apa-apa pun, pergi buat siasatan sendiri ke Bank Negara; betul ke nama kita digunakan oleh orang lain untuk kad kredit yang kita tak apply...Atau buat rujukan sendiri tanpa gunakan sebarang nombor-nombor yang diberi oleh sepemanggil. If it can happen ti my friend here, it can happen to anyone of us. Just be careful!

http://www.bnm.gov.my/index.php?
1-300-88-5465

SMS to 15888: BNM TANYA [your enquiry]
Email : bnmtelelink@ bnm.gov.my

2 comments:

  1. kawan saya baru ni dapat call kononny dari maybank. Nak update data user credit card. Memula tu macam ok la sebab dia leh verify nama ngan no KP. Pastu tiba2 dia suruh bacakan no kad kredit, tarikh expired. Kawan saya masi bagi..sebab memang ingat betul2 la.. pastu tiba2 dia suruh bacakan no 3 digit kat belakang kad. Masa ni kawan saya dah suspect something. Dia tanya nak buat apa.. org tu kata nak update. pastu kawan saya tanya nama dan dari branch mana call..terus purus panggilan tuh. Then terus kawan saya call maybank dan block kredit card dia... bank pun ckp dia tak ada suruh saper pun update ..semua tu tipu je..kena hati2 la sekrang ni...

    ReplyDelete
  2. yang geramkan Asnida..benda-benda ni semua dah lama berlaku...mcm2 jenis email warning kita dpt..tapi apa yang polis buat? adakah kerana pihak polis tak boleh nak tackle jenayah-jenayah yang terlalu comples walaupun dah ada laluan nak mulakan siasatan...kenapa nak pantau & survey terlalu lama? tak paham...

    ReplyDelete